Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda, Komatsu Bangunkan Jengkaut Mini Elektrik!
Auto Terkini

Honda, Komatsu Bangunkan Jengkaut Mini Elektrik!

Abang HirataBy Abang Hirata07/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JEPUN terkenal sebagai negara yang sentiasa cuba memanfaatkan ruang dan sumber dengan sebaiknya. Ciri tersebut bukan saja baru diamalkan, lihat saja motosikal jenis kapcai dihasilkan mereka, termasuk teknologi kereta yang diperkenalkan puluhan tahun lalu.

Kebanyakannya digerakkan enjin sesaran kecil yang secara langsung mengurangkan penggunaan bahan api, dan juga cekap tenaga.

Apa lagi yang kecil? Jentera berat seperti jengkaut untuk industri pembinaan. Jika anda perasan, jentera-jentera itu memang sudah sedia digunakan di Malaysia.

BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG
BACA >>> Expannia Cari Dana, Pelabur untuk Projek Kafe Racer Elektrik Masa Depan

Logo Honda

Pada Jun lalu, Honda Motor Co Ltd dan Komatsu Ltd menandatangani perjanjian untuk memulakan kerjasama bagi membangunkan jengkaut mini Komatsu yang dikuasakan tenaga elektrik.

Jengkaut itu akan dikuasakan teknologi Honda Mobile Power Pack (MPP).

Pek kuasa MPP juga pernah digunakan untuk skuter elektrik.

Menariknya, projek itu bukan sahaja melibatkan elektrifikasi jengkaut Komatsu, tetapi juga membabitkan perancangan lebih besar, iaitu membolehkan jentera dan perkakasan industri dijana kuasa elektrik.

Berikut ringkasan mengenai jengkaut elektrik tersebut:

  • Jengkaut mikro Komatsu terdiri daripada beberapa model seperti PC01, PC05 dan PC09.
  • PC01 ialah jengkaut paling kecil dunia dengan pemandu dan boleh dimuatkan ke atas lori kecil dengan sesaran enjin 600cc ke bawah.
  • Jengkaut PC01 ialah antara produk terlaris Komatsu sejak sekian lama dan digunakan di tapak kerja yang berhampiran manusia, pokok, bunga dan tanaman hiasan.
  • PC01 biasanya digunakan untuk kerja-kerja peletakan paip, landskap, pertanian dan penternakan.
  • MPP pula ialah bateri boleh tukar pakai (swappable) yang dibangunkan Honda dan sudah digunakan pada skuter dua roda dan tiga roda untuk kegunaan perniagaan, seperti dilihat pada Honda e:Business Bike Series.

Honda sentiasa mengembangkan produk yang menggunakan MPP, manakala Komatsu telah memperkenalkan jengkaut mini berkuasa bateri untuk pasaran Jepun pada April 2020.

Melalui kerjasama berkenaan, kedua-dua syarikat itu akan melengkapi jengkaut Komatsu PC01 dengan Honda MPP dan unit kuasa elektrik (eGX).

Kelebihan Jengkaut Mikro Elektrik?
  • Mengurangkan bunyi dan haba ekzos dengan signifikan.
  • Mengurangkan impak alam sekitar kerana tiada pelepasan gas ekzos dan membolehkan pekerja melaksanakan tugas dengan selesa di tempat tertutup dan kawasan luar.
  • Ciri tukar pakai MPP membolehkan pengguna terus bekerja tanpa perlu menunggu bateri dicas.

Selepas pengenalan jengkaut mikro elektrik, kedua-dua syarikat akan menganjurkan demonstrasi bagi membekalkan MPP untuk kegunaan kejuruteraan awam dan tapak pembinaan.

Perancangan seterusnya melibatkan pembangunan bersama kerja elektrifikasi untuk model jengkaut mikro lain dan jengkaut mini dalam kelas operasi hingga satu tan. Turut dirancang adalah penggunaan MPP untuk lebih banyak perkakasan kejuruteraan awam dan tapak pembinaan serta memperkenalkan produk seumpamanya ke luar negara.

Misi besar Honda adalah meluaskan rangkaian penggunaan perkongsian bateri MPP, dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat lestari yang menuju ke arah sifar impak alam sekitar.

BACA >>> Honda HR-V (2021) Lancar di UK, Cuma Varian Hibrid, Harga Bermula RM158k!
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu

Auto Terkini Honda Honda Mobile Power Pack Honda Motor Co. Ltd Jengkaut Mini Jengkaut Mini Bateri Komatsu
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.