Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Jazz Petrol Pun Laku Keras – Tempahan Luar Jangka, Dua Minggu Terjual 1,300 Unit Terjual
Auto Terkini

Honda Jazz Petrol Pun Laku Keras – Tempahan Luar Jangka, Dua Minggu Terjual 1,300 Unit Terjual

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia sekali lagi mencatatkan sejarah. Nampaknya, setiap kali pelancaran model baharu atau facelift, ada sahaja pencapaian direkodkan.

Kali ini Honda Jazz petrol pula. Menurut Honda, dalam masa dua minggu selepas pelancaran, Honda Malaysia sudah menerima 1,300 tempahan bagi model itu. Mengikut perancangan awal, Honda Malaysia cuma menetapkan jualan 1,200 unit dalam masa sebulan.

Berikutan sambutan hangat ini, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu ialah sebulan bagi sebarang pembelian Jazz petrol dan Sports Hybrid.

Berikut Trivia Penting Mengenai Honda Jazz Petrol:

  • Dilancarkan pada 6 Jun 2017.
  • Terima 1,300 tempahan hanya selepas dua minggu pelancaran,
  • Sasar jualan sebanyak 1200 unit sebulan.
  • Varian E paling laris – 40 peratus.
  • Varian V kedua laris – 32 peratus.
  • Varian S ketiga lari – 28 peratus.
  • Tempahan paling banyak dari Lembah Kelang – 42 peratus.
  • Kedua terbanyak dari Selatan – 21 peratus.
  • Ketiga terbanyak dari Utara – 18 peratus.
  • Pantai Timur dan Timur Malaysia – 13 peratus dan 6 peratus.
  • Warna paling digemari – Modern Steel Metallic (kelabu).
  • Pembeli terdiri daripada – eksekutif muda, bertukar kereta dan pembeli kereta kedua.

JAZZ HYBRID

Sementara itu, pelanggan boleh memandu uji Honda Jazz Hybrid bermula minggu ketiga, Julai hadapan. Jazz Hybrid mendapat sambutan hangat di Jepun dengan jualan melebih 660,000 unit dan kini menjadi kenderaan hibrid terlaris di Negara Matahari Terbit itu.

Menariknya, Malaysia ialah pasaran kedua selepas Jepun bagi Jazz Hybrid. Model ini, menurut Honda, sudah diuji selama dua tahun dan sejauh 7,000km oleh pasukan kajian dan penyelidikan (R&D) Honda Jepun yang terbang ke sini sebelum dipasarkan.

Jadi, pelbagai talaan semua sudah dibuat bagi disesuaikan dengan keadaan tempatan, termasuk tetapan yang sama turut dibuat untuk Jazz Hybrid versi pasaran Jepun.

Berikut ialah semua varian dan harga Honda Jazz (atas jalan termasuk insurans):

  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L S – RM74,800
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L E – RM81,000
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L V – RM88,400
  • Honda Jazz Sport Hybrid 1.5L – RM87,500
Honda Honda Jazz Honda Jazz Hybrid Honda Jazz petrol Honda Malaysia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.