Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Hasilkan 400 Juta Motosikal dalam Tempoh 70 Tahun
Auto Terkini

Honda Hasilkan 400 Juta Motosikal dalam Tempoh 70 Tahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mengeluarkan motosikal yang ke-400 juta dalam tempoh 70 tahun selepas pengeluaran model pertama, Dream D-Type (foto bawah) pada 1949.

Walaupun Dream D-Type memegang status selaku model pertama, tetapi produk Honda paling laris adalah milik Super Cub.

BACA >>> #RetroAuto: Soichiro Honda – Bermula Cuma Motosikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

Honda diasaskan pada 1948 dengan memulakan pengeluaran motosikal berskala besar di luar Jepun pada 1963, dari kilang di Belgium. Antara model global Super Cub popular ialah C100 (1958), 50 Standard (2007) dan Wave 125 (2003). Honda juga terkenal dengan produk skuter seperti X-ADV dan superbike ikonik CBR1000RR-R Fireblade SP.

Super Cub C100 (1958)
Super Cub 50 Standard (2007)

Sejak itu, Honda meluaskan operasi global dengan memperkenalkan barisan produk motosikal dan skuter dalam pelbagai segmen, daripada kelas 50cc hingga 1,800cc. Tahukah anda, Honda mempunyai 35 kilang pengeluaran motosikal di 21 negara?

Sejak diasaskan, pengeluar itu menghasilkan dan menawarkan produk yang dimahukan pelanggan di kebanyakan negara dan wilayah. Honda mendukung satu kepercayaan dinamakan ‘teknologi bertujuan membantu orang’.

Hasilnya, Honda mencapai pengeluaran motosikal ke-100 juta unit pada 1997, sebelum merekodkan pengeluaran ke-300 juta unit pada 2014. Pada 2018, Honda menghasilkan pengeluaran sebanyak 20 juta unit setahun buat kali pertama dalam sejarah pengeluar itu. Semuanya atas sokongan pelanggan dan peminat jenama itu seluruh dunia.

Selama 70 tahun, Honda menawarkan motosikal kepada pelanggan dunia, memudahkan kehidupan dan membawa keseronokan. Hasilnya, kami mencapai rekod 400 juta unit. Saya amat berterima kasih kepada pelanggan dan semua yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran, jualan dan servis.”

– TAKAHIRO HACHIGO, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Motor Co Ltd

Pengeluaran motosikal Honda di arena antarabangsa bermula di Belgium pada 1963 sebelum operasi sama berlangsung di Thailand pada 1967. Kemudian kerja-kerja pemasangan motosikal dan skuter dilebarkan hingga ke Indonesia pada 1971.

Honda kemudian meluaskan pasaran dengan memulakan pengeluaran motosikal di Brazil (foto atas) dan Itali pada 1976. Pada 1979, Honda memasuki pula Amerika Utara sebelum setahun kemudian ke Nigeria.

Selepas itu, Honda meneruskan momentum jualan dengan membuka dan menjalankan pengeluaran model dua roda di China (1992), Vietnam (1997), India (2001) dan Bangladesh (2013). Malaysia tiada dalam senarai.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

CBR-1000RR-R Fireblade SP (2020)
Super Cub C50 (1978)
Super Cub 50 (2017)
Honda Wave 125 (2003)
Honda X-ADV (2017)
Auto Terkini autotainment Honda Dream D-Type Honda ke-400 Juta Unit honda super cub
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.