Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Fit (2020) Laris di Jepun, Dapat Tempahan 31,000 Unit Sebulan
Auto Terkini

Honda Fit (2020) Laris di Jepun, Dapat Tempahan 31,000 Unit Sebulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HATCHBACK subkompak popular, Honda Fit (Malaysia: Jazz) secara rasmi dilancarkan di Jepun pada 13 Februari lalu. Setakat 16 Mac, model generasi keempat itu mencatatkan lebih 31,000 unit tempahan di Negara Matahari Terbit itu.

Menariknya, Fit baharu ini mencatatkan angka jualan lebih tiga kali ganda daripada sasaran asal Honda, iaitu 10,000 unit sebulan.

Menampilkan rekabentuk serba baharu yang cembung dan bujur, Fit (2020) mengetengahkan karakter lebih feminin berbanding model sedia ada. Pada masa sama menawarkan ruang kabin lebih luas dan praktikal yang menumpukan kepada aspek emosional.

BACA >>> Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k

Ada 5 varian yang ditawarkan Fit (2020) untuk pasaran Jepun:

  • Basic: Varian paling asas yang menawarkan rekabentuk berkualiti tinggi dan keselesaan penumpang. Menampilkan rekabentuk ringkas dengan rupa depan lembut.
  • Home: Direka dengan ruang lebih relaks dengan visual tinggi dan sentuhan berkualiti menerusi koordinasi warna dan material seperti kerusi fabrik warna natural daripada materia berkualiti tinggi, roda stereng balutan kulit dan pad lembut Prime Smooth™.
  • Ness: Menampilkan koordinasi warna menarik dan menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut pada instrumen. Varian ini lebih sporty dan bergaya.
  • Crosstar: Rekabentuk luaran dibangunkan eksklusif untuk Crosstar, termasuk rim aluminium 16 inci yang nampak menarik untuk pemanduan bandar dan off-road. Kemasan dalaman menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut untuk panel instrumen. Varian ini mengetengah konsep rekabentuk kompak dan lasak.
  • Luxe: Tampil elegan dan selesa pada masa sama menerusi penggunaan material kulit asli pada kerusi untuk sentuhan berkualiti dan pandangan mewah. Rupa luaran plat krom gaya platinum dan rim aluminium 16 inci digunakan untuk meningkatkan fiil kualiti tinggi.

Namun, trenkuasa paling diminati di Jepun ialah Hibrid (e:HEV) yang mencapai 72 peratus tempahan, manakala varian NESS paling kurang permintaan.

BACA >>> #Spyshot: Imej Sisi Honda Jazz Baharu Bocor Sebelum Lancar di Tokyo?

GALERI

SUMBER: Kabaroto

Auto Terkini hatchback subkompak Honda Honda Fit (2020) Honda Jazz (2020) Honda Jepun Honda Motor Co Jazz Hybrid Jenama Roda 4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.