Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Failkan Paten Paling Radikal, Motosikal Kawalan Minda!
Auto Terkini

Honda Failkan Paten Paling Radikal, Motosikal Kawalan Minda!

AryonBy Aryon10/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA memfailkan salah satu daripada paten paling radikal tahun ini, iaitu idea motosikal yang boleh dikawal secara terus menggunakan kuasa minda.

Begini, semua motosikal moden hari ini sudah dikawal dengan kuasa minda. Setiap kali kita berfikir, otak akan menghantar mesej kepada anggota badan yang mengawal motosikal. Berdasarkan paten terbaharu itu pula, Honda nampaknya menemui cara lebih berkesan untuk melakukan situasi berkenaan dengan menggunakan signal dari otak yang secara langsung mempengaruhi motosikal.

Idea gila-gila itu tidaklah semudah kita fikirkan ‘kiri’ dan motosikal akan membelok ke kiri, tetapi lebih kepada menukar tetapan dan sistem bantuan jentera. Dalam helmet penunggang terdapat set sensor neural yang mampu mencerap minda dari otak penunggang sebelum menghantar mesej kepada komputer dalam motosikal.

BACA >>> Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)

Mesej itu akan diuraikan dan tetapan disesuaikan mengikut apa dimahukan penunggang. Teknologi itu juga mampu melakukan sesuatu yang sangat ekstrem dan menyalahi undang-undang jalan raya seperti wheelie, stoppie (wheekang), burnout (mengasapkan tayar) dan drift.

Justeru motosikal dengan dilengkapi ciri kawalan minda itu akan memiliki sistem pengumpulan data yang sangat sofistikated dan bukan sekadar tentang unit unjuran inersia (IMU).

Sebelum seseorang penunggang berani mengangkat roda depan atau belakang ke udara, semestinya set pengiraan kompleks dalam otaknya diperlukan. Ini kerana komputer akan menganalisis kelajuan, jarak dengan kenderaan berdekatan atau selekoh, sudut miring atau apa saja bentuk pengiraan, termasuk sudut kepala stereng.

Semua persoalan tersebut dijawab dalam jangka masa saat terpisah. Rasanya boleh tak kita yakin dengan motosikal kawalan minda ini?

BACA >>> ABS Wheelie Bar – Peranti Belajar Wheelie Cara Selamat, RM1.2k

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Honda Motosikal Kawalan Minda paten roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.