Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Honda Eropah Pamer 6 Motosikal Custom Era Klasik, Moden
Aksesori

Honda Eropah Pamer 6 Motosikal Custom Era Klasik, Moden

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA pengeluar automotif mula menyokong industri pasaran lepas atau aftermarket, ia ibarat pengesahan kepada pengusaha dalam bidang itu khususnya dan dunia kreativiti umumnya. Honda Motor Europe misalnya, agak aktif dalam pasaran aftermarket selain turut bekerjasama dengan penala bebas seperti RB Kustoms.

Berlangsung di Biarritz, Perancis, Honda Motor Europe dan beberapa pengedar lain bukan setakat mempamerkan satu atau dua unit, tetapi setengah dozen motosikal custom membabitkan jentera Honda era 70-an dan 80-an serta masa kini. Di bawah ini ialah senarai motosikal custom tersebut:

1. Honda CB500 1977


Motosikal ini dibaik pulih pengedar Honda di Bayonne dan Ben Rameix, yakni ketua pereka pembuat papan luncur terkenal dari Perancis. Motosikal ini dirombak dan dibina semula mengikut konsep café racer.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal ‘Cafe Racer’?

Modifikasi membabitkan pengubahsuaian kerangka, ekzos baharu dan kemasan gabungan krom dan hitam. Turut dipasangkan ialah lampu LED, tayar Firestone dan brek cakera depan. Reraut atau fairing sisi dan penutup belakang ialah buatan tangan atau handmade M Rameix sendiri yang diilhamkan daripada garisan papan luncur.

2. Honda CX500


Motosikal ini diubah suai sepenuhnya pengedar Honda Kick Moto kepada sebuah trek flat atau flat track membabitkan kerangka, tangki dan kerusi, serta fork daripada XLR600. Rim bersaiz 18-inci dan disadur anod dengan warna emas. Hendal daripada aluminium dan suspensi belakang berjenama Öhlins. Lebih istimewa, tema warna merah, putih dan biru HRC dengan nombor 69 dipilih sebagai tribut kepada mendiang Nicky Hayden.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

3. Honda CBX 1047CC


Motosikal ini unik kerana memiliki 6-silinder dan dihasilkan pengedar Honda Boulmich Moto di Paris dan kelab motosikal Bad Seeds. Model CBX ini ditukarkan daripada sports tourer kepada sebuah jentera bagak road bomber dengan pengaruh besar jentera dragster. Ubah suai badan tidak banyak dilakukan, sebaliknya lebih menumpukan kepada pengurangan berat dan peningkatan kelajuan. Antara modifikasi dilakukan ialah penggunaan kerangka sokongan untuk pemasangan suspensi belakang Öhlins, ekzos 6-1, lampu utama dan tayar Bridgestone BattleAxe.

Senarai Model Terkini Honda Versi Custom

1. Honda Rebel


Motosikal ini direka semula sebagai scrambler urban daripada Honda Rebel 500cc, dan direka khas artis tatu terkenal, Dan Gold dan Russ Brown dari RB Kustoms, Sussex.

Rebel dipasangkan tayar dengan paten bunga besar, brek cakera ‘terlebih saiz’ dan ekzos handmade. Sebenarnya, jentera dua roda ini dibina berasaskan inspirasi BMX, papan selaju di mana terdapat slot untuk menyimpannya dan motocross. Motosikal ini pertama kali dipamerkan di London pada Mei lalu dan turut pernah dipaparkan di PanduLaju.

BACA >>> Honda CB100TR dan Rebel – Bukan Sembarangan Custom

2. Honda CB1100 (TR & EX)

Honda Motor Europe membawa dua unit model ini, iaitu CB1100 TR dan CB1100 EX. CB1100 TR Concept dibina staf dalaman Honda R&D di Rom menggunakan tema budaya flat track di Amerika Syarikat (AS). Dibina sebagai ‘Raja Litar Flat Track Urban’.


Motosikal kedua, CB1100 EX dibina bersama South Garage dari Milan, Itali. Menariknya, motosikal ini digubah kepada dua gaya, iaitu café racer dan bobber. Semua enam motosikal custom yang dipamerkan kali ini menunjukkan seberapa jauh kreativiti individu atau sesebuah kumpulan dalam menghasilkan kerja seni mengikut definisi masing-masing.

Malah, turut menunjukkan betapa budaya motosikal custom tidak terhad kepada jenama ‘bad boy’ sahaja. Tetapi apa-apa sahaja yang boleh diubah suai.

Honda Honda CB1100 Honda CBX 1047CC Honda CX500 Honda Eropah Honda Motor Europe Honda Rebel roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.