Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda e Prototype – Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?
Roda4

Honda e Prototype – Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

Abang HirataBy Abang Hirata28/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 2017, Honda mengejutkan pemerhati automotif apabila memperkenalkan Urban EV Concept yang penting dalam strategi ‘Electric Vision’ untuk pasaran Eropah. Demi membuktikan kesungguhan dalam misi tersebut, Honda sekali lagi tampil dengan lanjutan Urban EV Concept, dikenali sebagai e Prototype.

Model kenderaan elektrik (EV) itu bakal ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Mac depan.

BACA >>> Honda Urban EV – Kompak Elektrik Versi Pengeluaran Bakal Tayang di Geneva, Mac Ini

GABUNGAN REKABENTUK UNIK, CIRI CANGGIH


Direka untuk memenuhi gaya hidup moden, Honda e Prototype menggabungkan rekabentuk unik, dengan ciri canggih dan seronok dipandu. Jika Urban EV Concept jelas mengambil rekaan Civic retro, e Prototype ini pula memperhalusi tema tersebut dan tampil comel dengan lampu bulat depan dan belakang selain garis badan ringkas.

e Prototype nyata berbeza berbanding gaya ekspresif dibawakan Civic, HR-V dan CR-V. Walaupun luaran tampak konservatif, rupa dalaman berubah 180º. Jika anda rasa panel skrin model Mercedes-Benz baharu sudah cukup besar, lihatlah apa ditawarkan Honda pada model elektrik ini.

Skrin digital memenuhi papan pemuka. Menariknya, ia nampak cantik dan klasik apabila Honda cuba menggabungkan elemen kayu. Honda menggunakan tema tersebut bagi memberikan pengalaman seperti duduk di ruang tamu yang selesa dengan sofa dan elemen rumah kontemporari.

BACA >>> Kereta Elektrik Lebih Murah daripada Petrol Menjelang 2025?

Memandangkan e Prototype dijana kuasa elektrik, lantai depan dan belakang boleh dibuat rata yang menambahkan lagi luas kereta ini. Lagi, Honda memang pandai dalam mempakejkan kereta kecil supaya nampak dan terasa besar.

DIPANDU LEBIH 200KM, CAS SEPANTAS 30 MINIT

Mengenai trenkuasa, e Prototype boleh dipandu lebih 200km untuk sekali cas penuh. Jarak tersebut rendah jika dibandingkan model lain seperti Nissan LEAF atau model EV lain buatan China. Bagaimanapun, kelemahan itu ditebus dengan keupayaan mengecas hingga 80 peratus kapasiti bateri sepantas 30 minit sahaja.

Seperkara menarik, EV ini sebenarnya menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD)! Konfigurasi tersebut berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD). Ya, Honda sekali lagi membuktikan kesungguhan apabila e Prototype bakal dikeluarkan tahun ini juga!

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

EV Geneva GIMS 2019 Honda Honda e Prototype Kenderaan Elektrik (EV) Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.