Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k
Roda2

Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Japan sepatutnya melancarkan CT125 Hunter Cub pada Pameran Motor Osaka 2020, bulan lalu, tetapi tergendala akibat wabak Covid-19. Akhirnya kapcai tersebut rasmi dilancarkan pada 20 Mac lalu.

BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept – Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

Hunter Cub
Monkey 125
Super Cub 125

CT125 Hunter Cub tampil dengan rekabentuk seperti ditayangkan kepada umum sebelum ini. Model tersebut dikeluarkan Thai Honda Manufacturing Co Ltd di Thailand, sama seperti Monkey dan Super Cub C125. Menurut Honda, CT125 Hunter Cub dibina khas buat penggemar aktiviti luar rumah seperti touring atau berkhemah, berbeza Super Cub 125 yang menumpukan kepada tunggangan urban.

CT125 Hunter Cub tetap memiliki kelainan tersendiri walaupun dikatakan meminjam beberapa komponen dan enjin Super Cub 125. Antara perbezaan itu ialah sistem suspensi dengan travel lebih panjang berbanding Super Cub.

BACA >>> Yoshimura Perkenal Sistem Ekzos Penuh untuk Honda Super Cub

Super Cub
Hunter Cub

Model ini juga tiada pengadang angin sisi, manakala posisi ekzos lebih tinggi berbanding Super Cub 125. Walaupun frem kedua-dua model adalah sama, tetapi Honda menambah baik beberapa poin untuk menguatkan casis CT125 Hunter Cub.

CT125 Hunter Cub menggunakan sistem brek cakera pada kedua-dua roda dengan roda depan dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) saluran tunggal.

Trenkuasa dijana enjin satu silinder, 124cc SOHC penyejukan udara, sama seperti Super Cub dan Monkey 125, berkuasa 8.6hp @ 7,000rpm dan tork 11Nm @ 4,500rpm dengan sistem penghidup penendang kaki atau punat tekan mula (push-start). Output dan tork CT125 Hunter Cub berbeza daripada Super Cub (9.5hp @ 7,500rpm, 10Nm @ 5,000rpm).

Walaupun bergaya retro, kapcai ini dilengkapkan ciri moden seperti sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek. Model ini turut didatangkan dengan rak belakang untuk muatan barangan. Juga boleh dijadikan pelana untuk pembonceng kerana siap disediakan peg kaki belakang.

Kapcai advencer ini menggunakan meter digital bulat dengan paparan negatif, sama seperti Monkey 125. Bagi memastikan tunggangan lebih lancar, Honda menyediakan tangki minyak 5.3 liter, lebih besar daripada kapasiti 3.7 liter pada Super Cub. Harga jualan ialah 440,000 yen (RM17,420).

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

GALERI
Super Cub
Hunter Cub
Hunter Cub

SUMBER: TMCBlog | HondaJepun

Auto Terkini Honda Honda CT125 Hunter Cub Honda Japan Kapcai Moped roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 24/03/2020 10:08

      Alahai comel nya, tapi 17k tu keras sgt lah

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.