Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!
Auto Terkini

Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata18/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA permotoran sekarang lebih mudah apabila pengeluar sendiri menawarkan kereta lumba dengan spesifikasi global, sama ada kategori R5 untuk rali atau TCR untuk litar.

Terbaharu Honda melancarkan Civic Type R TC, iaitu jentera siap lumba (race ready) yang dikeluarkan Honda Performance Development (HPD). Model ini dibangunkan untuk mereka yang mahu beralih daripada Type R standard kepada model spesifikasi lumba sepenuhnya.

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

Direka khas untuk kelas perlumbaan TC, Civic Type R dibangunkan dan diuji jurutera HPD secara in-house dengan mengubah suai Civic Type R standard sebagai jentera lumba trek dengan pemasangan akhir dibuat Gradient Racing di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Pembangunan dan ujian pula menggabungkan pengalaman kejuruteraan dalam jentera pengeluaran dan perlumbaan, termasuk kereta lumba HPD Civic Si TCA yang dihasilkan sebelum ini.

Civic Type R TC dibangunkan daripada unit asal berwarna putih yang diimport dari kilang Honda di Swindon, England, manakala enjin 2.0L VTEC Turbo dibekalkan kilang Honda di Anna, Ohio, AS.

BACA >>> Honda Civic Sport Line (2020) Inspirasi Type R untuk Pasaran Eropah

Bahagian luar model mengekalkan besi luaran asal dan tambahan komponen lumba yang dibangunkan sendiri dan bersama pembekal terpilih bagi menjimatkan masa dan wang. Antara ubah suai dilakukan ialah gril depan dengan aliran udara lebih kuat, bonet enjin J’s Racing daripada bahan FRP, radiator dan pendingin minyak CSF, downpipe dan turbo back exhaust HPD/Borla.

Transmisi manual 6-kelajuan mempunyai gear ketiga dan keempat daripada bahan kekuatan tinggi dan diferensial gelincir terhad (LSD) HPD/Cusco. Cakera brek depan jenis 2-piece HPD Girodisc dengan saluran brek inlet juga HPD. Tangki minyak berkapasiti 60 liter daripada HPD/Pyrotect dan kerusi lumba dibekalkan OMP dengan tali keledar 6-poin.

Selain menjual kereta serba siap, HPD turut menyediakan bantuan teknikal dengan sokongan kejuruteraan dan pembekalan alat ganti. Pelanggan juga disediakan talian khas untuk berhubung terus dengan jurutera HPD sekiranya mereka tiada di litar lumba.

BACA >>> Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Oktober, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020

PERBEZAAN CIVIC SI TCA, TYPE R TC DAN TYPE R TCR

GALERI
Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R TC Honda Performance Development (HPD) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.