Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R Kembali Pegang Takhta FWD di Nürburgring!
Auto Terkini

Honda Civic Type R Kembali Pegang Takhta FWD di Nürburgring!

Abang HirataBy Abang Hirata21/05/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Motor Co Ltd mengumumkan kejayaan Honda Civic Type R FL5 mencatatkan rekod pusingan baharu di litar Nürburgring Nordschleife, Jerman bagi kategori kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas dengan masa 7 minit 44.881 yang dibuat pada sesi penilaian prestasi.

Rekod itu mengatasi Renault Mégane R.S. Trophy-R pada 2019 (7 minit 45.339).

Pada 2017, Honda Civic Type R FK8 (foto atas) mencatatkan masa 7 minit 43.80, tetapi kenapa masa 2023 lebih panjang tapi dikira rekod baharu?

Catatan masa kali ini dibuat berdasarkan kiraan rasmi pusingan (lap measurement) Nürburgring Nordschleife dan masa pusingan (lap time) berdasarkan peraturan rasmi 2019 dengan jarak pusingan penuh 20.832km.

Sebelum 2019, masa pusingan dikira mengikut jarak pusingan 20.600km dan tidak diiktiraf Nürburgring secara rasmi.

Secara keseluruhan, Honda Civic Type R FL5 mempunyai pakej dipertingkat daripada Honda Civic Type R terdahulu dengan enjin 2.0L VTEC Turbo lebih berkuasa dengan output 315hp dan tork 420Nm, meningkat 9hp dan 20Nm.

Turut dipertingkat adalah sistem penyejukan dan pelepasan haba serta prestasi aerodinamik melalui pelbagai kaedah seperti bukaan gril depan lebih besar dan bukaan kawasan efektif radiator. Selain itu, rekaan komponen badan bahagian depan dan belakang juga menyumbang kepada daya mendap efektif yang menjadikan pemanduan stabil pada halaju tinggi.

Perubahan turut dibuat pada sistem brek cakera ‘two piece’ yang menambah baik kawalan brek dalam pelbagai julat halaju. Honda juga menambah baik saluran udara pada sistem brek yang membantu pengurusan suhu, sekali gus meningkatkan kecekapan brek.

Honda Civic Type R yang digunakan di Nürburgring dipasangkan set tayar Michelin Pilot Sport CUP 2 Connect yang dibangunkan bersama Michelin dengan memanfaatkan pengetahuan daripada pembangunan tayar standard Michelin Pilot Sport 4 S.

Tayar itu kini ditawarkan pengedar Honda sebagai opsyen pembelian.

BACA >>> Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!
BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!

Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R FL5 Honda Motor Co. Ltd Nürburgring Nürburgring Nordschleife Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Honda My on 18/01/2024 17:16

      Honda FK8 ni mmg lawa, tpi dgn latest Type R FL5 , aku rasa FL5 punya design lagi matured. Kalau mugen bodykit FL5, fuhh…mmg lawa sgt wehh.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.