Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring
Auto Terkini

Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEGAK gempita Honda Civic Type-R masih belum tamat. Kali ini digemakan lagi dengan pencapaian rekod baharu untuk kereta pacuan roda depan (FWD) di Nürburgring Nordschleife menerusi catatan masa 7 minit 43.8 saat pada 3 April lalu.

Rekod baru tersebut dicapai ketika ujian fasa terakhir atas permukaan litar kering dengan suhu bersesuaian untuk prestasi tayar dan enjin terbaik.

Menurut Honda, kereta ujian yang dipandu itu adalah mewakili spesifikasi teknikal model-model pengeluaran yang dijual di pasaran massa. Cuma untuk lebih perlindungan, kerangka keselamatan dipasang tanpa menambah sebarang ketegaran ke atas badan kereta. Tambahan berat kereta baru itu pula ditebus melalui sistem infotainment dan kerusi belakang yang ditanggalkan.

ENJIN DIPERHALUSI, OPTIMUM

Civic Type-R yang dipandu itu turut dipasang tayar spesifikasi jalanan dengan prestasi litar. Beberapa faktor turut menyumbang kepada pencapaian masa tersebut seperti enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 318hp dan tork 400Nm yang diperhalusi dan dioptimum, nisbah transmisi 6-kelajuan lebih rendah serta pakej aerodinamik yang sedia menjadi identiti Type-R baru.

Mengulas mengenai pembaharuan Type-R baharu itu berbanding model terdahulu, Ketua Jurutera Casis, Ryuichi Kijima berkata;

Kelajuan selekoh lebih tinggi dapat dicapai Type-R oleh kerana trek dan tayar lebih lebar, jarak roda lebih panjang, suspensi belakang jenis multilink dan bahagian aerodinamik yang dioptimumkan bagi menambahbaik kestabilan. Contohnya, pemandu mengambil selekoh di Metzgesfeld pada kelajuan sekitar 150 kmj.

Pada selekoh berkelajuan sederhana itu, kelajuan dicapai Type-R ialah 10 kmj lebih pantas berikutan karakter kereta yang lebih stabil. Dengan keupayaan tersebut, kereta mampu dipandu lebih laju mengelilingi litar dan membantu Type-R mencatatkan masa lebih pantas.”

Honda Civic Type-R akan dikilangkan di Honda UK Manufacturing di Swindon sebelum dieksport ke Eropah dan pasaran lain seluruh dunia, termasuk Jepun. Lebih menarik, Civic Type-R juga pertama kali akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) secara rasmi.

Di Malaysia, belum ada berita rasmi, tetapi lazimnya model rare seperti ini cuma akan dibawa masuk pengimport bebas seperti beberapa generasi Type-R sebelum ini.

GALERI

Honda Civic Type-R 2017
Honda Honda Civic Typer R Nürburgring Ryuichi Kijima
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.