Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Sedan, Hatchback (2022) Raih Rating Tertinggi TSP+ 2021 IIHS
Auto Terkini

Honda Civic Sedan, Hatchback (2022) Raih Rating Tertinggi TSP+ 2021 IIHS

Han OthmanBy Han Othman27/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Honda Civic Sedan dan Hatchback (2022) serba baharu meraih rating tertinggi dalam Top Safety Pick+ (TSP+) 2021, dilakukan agensi bukan kerajaan dari Amerika Syarikat (AS) Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS).

Model tersebut memperoleh rating tertinggi dalam semua kategori dinilai, antaranya sistem pencegahan kemalangan depan yang mendapat skor ‘Superior’ dalam ujian kenderaan-kenderaan dan kenderaan-pejalan kaki.

BACA >>> Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!
BACA >>> Honda Thailand Catat Tempahan Lebih 3,500 Unit Civic 2021 Dalam Masa Sebulan

Rating tersebut menjadikan keseluruhan lapan model Honda kini meraih rating TSP 2021 atau lebih baik, dengan Accord (2021), Civic Sedan dan Hatchback (dinilai sebagai model berasingan, Insight (2021), dan Odyssey (2021) mendapat rating TSP+ cemerlang.

Anugerah TSP 2021 diberikan kepada Civic Sedan (2021), Civic Hatchback dan CR-V (2021).

Berasaskan pendekatan ‘Keselamatan untuk Semua’ yang sudah lama cuba dilaksanakan yang menumpukan kepada keselamatan termaju untuk semua pengguna jalan raya, semua model Civic dilengkapkan pakej teknologi keselamatan pemandu Honda SENSING, terdiri daripada:

  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS) dengan Pengesan Pejalan Kaki – Dinilai IIHS sebagai sistem cegah kemalangan depan
  • Amaran Rempuhan Depan (FCW)
  • Mitigasi Tukar Lorong (RDM) dengan Amaran Lencong (LDW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Honda SENSING kini menjadi ciri standard juntuk semula model Honda serba baharu yang ada pada hampir lima juta kenderaan Honda di jalan raya AS hari ini.

Semua kenderaan Honda juga mendapat manfaat daripada struktur badan Kejuruteraan Keserasian Termaju (ACE) yang direka untuk membantu melindungi penumpang dalam pelbagai impak perlanggaran depan bersama sistem penahan tambahan termaju.

Bagi melayakkan mendapat TSP+ 2021, kenderaan itu mesti meraih rating ‘Good’ dalam enam penilaian ujian kemalangan, terdiri daripada bahagian depan kecil sebelah pemandu, bahagian depan kecil sebelah penumpang, bahagian depan sederhana, sisi, kekuatan bumbung dan kekangan kepala.

TSP+ juga memerlukan rating ‘Advanced’ atau ‘Superior’ untuk ujian cegah perlanggaran depan kenderaan-kenderaan dan kenderaan-pejalan kaki, termasuk rating lampu utama ‘Acceptable’ dan ‘Good’ untuk semula varian.

Sebagai tambahan kepada ujian IIHS, semua model Honda sudah dinilai sepenuhnya dalam ujian NCAP dilakukan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) dengan mendapat skor keseluruhan kenderaan 5-bintang. Ini bermakna walaupun tidak menjalani ujian IIHS, Civic Sedan dan Hatchbak (2022) sudah pun sedia memiliki rating keselamatan tinggi.

BACA >>> SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS
BACA >>> Asean NCAP Siar Video, Perincian Ujian Perlanggaran Nissan Magnite

SUMBER: IIHS.org

Auto Terkini Honda Civic Hatchback (2022) Honda Civic Sedan 2022 IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) NHTSA Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.