Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Sedan (2022) Debut di Amerika dengan Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA
Roda4

Honda Civic Sedan (2022) Debut di Amerika dengan Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA baru saja melancarkan model Civic Sedan generasi ke-11 di Amerika Syarikat dengan trenkuasa dinaik taraf, termasuk casis, teknologi dan ciri keselamatan dipertingkat.

Ada empat varian ditawarkan, iaitu LX, Sport, EX dan Touring dalam lapan warna pilihan, termasuk tiga warna baharu Meteorite Gray Metallic (kelabu), Sonic Gray Pearl (kelabu) dan Morning Mist Blue Metallic (biru). 

Berikut perincian Civic Sedan (2021):

  • Ada dua pilihan trenkuasa iaitu 4-silinder 2.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 158hp dan tork 187Nm yang dipadankan transmisi automatik CVT. Varian LX dan Sport adalah dalam sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Varian EX dan Touring pula menerima trenkuasa 4-silinder 1.5 liter DOHC pengecas turbo berkuasa 180hp dan tork 240Nm, lebih tinggi 6hp dan 20Nm berbanding Civic sebelum ini. Peningkatan kuasa diperoleh daripada talaan semula sistem turbo dan injap ekzos VTEC, manakala transmisi sama seperti varian lain, automatik CVT.
  • Saiz fizikal Civic sedan berubah dengan jarak roda ditambah 35mm dan ukuran panjang ditambah 33mm. Lebar dan tinggi kereta kekal seperti generasi sebelum ini.
  • Bahagian bawah cermin depan diposisikan hampir 50mm ke belakang untuk mencipta bonet lebih panjang dan cermin yang lebih dekat dengan pemandu. Ia juga bertujuan mengurangkan gangguan pantulan cahaya.
  • Varian LX, Sport dan EX menerima kluster instrumen 7.0 inci dengan paparan digital spidometer dan takometer sebelah kiri, manakala sebelah kanan spidometer analog. Ketiga-tiga varian itu didatangkan bersama unit infotainment 7 inci jenis apung di tengah papan pemuka.
  • Varian Touring pula dilengkapi kluster instrumen digital penuh 10.2 inci dengan paparan graf bentuk bar. Juga diberikan unit infotainment 9 inci, iaitu paling besar dalam barisan produk kereta Honda. Varian ini turut dilengkapi 12 pembesar suara stereo Bose. Unit infotainment diposisikan lebih rapat kepada pemandu berbanding model terdahulu.
  • Rekaan luaran nampak lebih matang dengan bentuk melengkung berbanding Civic lama. Rekaan dalaman nampak lebih menarik seperti kereta retro dengan motif sarang lebah melintang sepanjang papan pemuka yang disepadukan bersama ventilator penyaman udara. 
  • Sedan ini menerima pakej keselamatan Honda Sensing dinaik taraf yang dioperasikan menggunakan kamera tunggal dan lapan sensor sonar, digunakan untuk teknologi Bantuan Kesesakan Trafik, Kawalan Brek Halaju Rendah, dan teknologi lain.
Honda Civic (2022) sedan

SUMBER: Motor1

Civic 2022 Civic Baharu Honda Civic Sedan Honda Civic Sedan 2022
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.