Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Hatchback Turbo Mula Dijual di Indonesia
Auto Terkini

Honda Civic Hatchback Turbo Mula Dijual di Indonesia

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN serantau nampaknya semakin meriah dengan pelbagai tawaran menarik Honda. Apa yang lebih menarik, Honda memperkenalkan model-model tertentu dibahagikan mengikut beberapa negara utama dan tidak dipukul sama rata.

Misalnya, Thailand menerima Honda CR-V i-DTEC, Malaysia pula Honda Jazz Hybrid dan Indonesia pula baru saja melancarkan Honda Civic Hatchback Turbo, iaitu kedua dilancarkan di Asean selepas Thailand. Lebih mengujakan, antara semua pelancaran di atas, kedengaran cakap-cakap mengatakan kemungkinan Honda Civic Type R bakal dipasarkan di Malaysia menjelang penghujung tahun nanti.

Apapun, pelancaran Civic Hatchback Turbo oleh PT Honda Prospect (HPM) pasti mengembirakan peminat Civic di negara jiran tersebut dengan menggunakan slogan promosi Drive Sexiness. Presiden PT HPM, Takehiro Watanabe berkata;

Melalui pelancaran Civic Hatchback Turbo ini, kami mahu membangkitkan semula kegemilangan model hatchback Honda yang mempunyai reputasi seluruh dunia sebagai kereta sporty dengan enjin berkuasa. Di Indonesia, Civic Hatchback ialah permulaan kepada penjualan jenama Honda, iaitu pada 1973 dan kini kembali dengan rupa baharu dan teknologi sofistikated.”

Di Indonesia, Honda Civic Hatchback ialah perintis kepada pasaran baharu, iaitu segmen hatchback premium. Berikut ialah ciri yang terdapat pada Honda Civic Hatchback Turbo versi Indonesia:

Varian
  • Honda Civic Hatchback Turbo Type S
  • Honda Civic Hatchback Turbo Type E
Luaran
  • Lampu utama LED penuh – Type E
  • Lampu utama projektor – Type S
  • Lampu siang (DRL) LED – Type E & Type S
  • Lampu kabus LED – Type E & Type S
  • Lampu sisi – Type E & Type S
  • Rim 17-inci
Interior
  • Menggunakan konsep rekabentuk Daring Ace Design
  • Kluster meter dengan paparan LCD Multi Informasi
  • Stereng Condong dan Teleskopik (Tilt & Telescopic)
  • Kerusi pemandu elektrik boleh laras 8-cara – Type E
  • Kerusi pemandu boleh laras manual 6-cara – Type S
  • Penyaman udara automatik
  • Kunci pintar dengan ciri enjin boleh hidup kawalan jauh
  • Sistem masukan pintar
  • Kawalan jelajah
  • Sensor pengelap cermin depan – Type E
  • Stereng Pinan Dual (Dual Pinion) EPS
Sistem infotainment
  • Sistem video audio dengan skrin sentuh 7-inci – serasi OS Android dan iOS – Type E
  • Sokongan HDMI – Type S
  • Suis telefon bebas tangan di stereng
  • Kamera undur
Nadi kuasa
  • 1.5L VTEC Turbo – 172hp
  • Transmisi Variable Berterusan (CVT) 7-kelajuan dengan pedal anjakan
  • Mod ECON
  • Eco Assist
  • Emisi EURO 2 – Diuji Kerajaan Indonesia
Sistem keselamatan
  • Struktur perlindungan pejalan kaki di lima bahagian – dapat mengurangkan impak perlanggaran dan kecederaan
  • 6 beg udara – Type S
  • 2 beg udara – Type E
  • ISOFIX dan pautan tether
  • Brek parkir elektronik
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) + Agihan Brek Elektronik (EBD) + Bantuan Brek (BA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sistem Brek Langkau (Brake Override System)
Warna
  • Rallye Red (merah)
  • Crystal Black Pearl (hitam)
  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • White Orchid Pearl (putih)
  • Sonic Gray Pearl (kelabu)
  • Modern Steel Metallic (kelabu gelap)
Harga
  • Honda Civic Hatchback Type E – Rp438,000,000 (RM140,520)
  • Honda Civic Hatchback Type S – Rp399,000,000 (RM127,995)
Honda Honda Civic Honda Civic Hatchback PT Honda Prospect (HPM) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.