Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Honda Civic ES 1.7 Shin Rara – Sama Cantik, Sama Padan!!!
Bikin Auto

Honda Civic ES 1.7 Shin Rara – Sama Cantik, Sama Padan!!!

Abang GYLBy Abang GYL07/09/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Civic ES 1.7
SIAPA sangka empunya Honda Civic ES 1.7 ditampilkan dalam ruangan Bikin Kereta kali ini adalah milik kaum hawa.

Awin Nazira atau lebih mesra dengan panggilan Shin Rara ini mula meminati dunia modifikasi pada 2015 apabila berkongsi minat sama dengan ayah dan ibunya. Demi kepuasan diri, anak gadis ini sanggup berbelanja hampir RM40,000 semata-mata mahu mengubah suai Honda Civic ES 1.7.

Honda Civic ES 1.7
Dari aspek luaran, Shin Rara menampilkan bampar ES9 di depan, dan sunroof Jazz GE. Bonet depan, spoiler GT dan fender sisi pula mengambil sentuhan custom J’s Racing. Pintu belakang dan lampu HID dipinjam daripada model ES3. Akhir sekali, supaya tampak lebih garang, ruang roda dipadankan rim sukan Enkei RPF1 sambil dibalut tayar Dunlop bersaiz 16-inci.

Masuk duduk di dalam ruang kabin, sedan Honda ini dilengkapkan kerusi bucket, siap dengan tali keledar harness Takata Racing dan pedal Honda Integra DC5. Disusun berderet atas papan pemuka ialah barisan meter Defi BF Advance tiga beradik dan Defi ZD.

BACA >>> Honda Civic EP3 Type R – Ini Baru Betul-Betul Rare!

Honda Civic ES 1.7
Aspek prestasi, enjin asal berkapasiti 1.7L dengan transmisi automatik itu ditukar kepada D17A RS yang datang bersama kotak gear manual. Prestasi enjin turut menerima beberapa sentuhan teknikal daripada bantuan komponen aftermarket Simota, berserta penutup radiator dan pelincir Mugen.

Sistem suspensi diserahkan tugas kepada set penyerap hentak boleh laras Tein SS EP3. Memantapkan lagi keseluruhan tubuh badan Honda Civic ES 1.7, Rara menggunakan beberapa komponen berstatus trek seperti lower arm Function 7 dan bar anti-oleng Integra DC5 Type R. Kuasa hentian menggunakan sistem brek lengkap ES3, termasuk kaliper dan brek cakera yang digigit kemas pad brek berketahanan suhu tinggi.

Hah, siapa kata dunia modifikasi hanya milik kaum lelaki? Lihat saja jentera Shin Rara. Nampak sama cantik, sama padan dengan tuan punya kereta! Solo lagi ke?

KREDIT Drebar.my

GALERI

Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Honda Civic ES 1.7
Awin Nazira Honda Civic ES 1.7 Honda Integra DC5 modifikasi honda civic Shin Rara
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.