Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia! Hibrid Pertama dengan Enjin 2.0L, Harga RM166k!
Roda4

Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia! Hibrid Pertama dengan Enjin 2.0L, Harga RM166k!

ShawkathBy Shawkath16/11/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia akhirnya memperkenalkan varian terbaharu Honda Civic e:HEV RS (2022) ke pasaran tempatan pada harga atas jalan tanpa insurans RM166,500 dalam empat pilihan warna ditawarkan: merah, hitam, putih dan kelabu.

Berikut tujuh fakta penting tentang Honda Civic e:HEV RS (2022):

BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997

VARIAN KELIMA e:HEV, PERTAMA GUNA ENJIN 2.0L

  • Model kelima e:HEV diperkenalkan Honda Malaysia selepas Honda City e:HEV (2020), Honda City Hatchback e:HEV (2021) dan Honda HR-V e:HEV (2022).
  • Ini e:HEV pertama dengan trenkuasa 2.0L. Empat siri e: HEV sebelum ini menggunakan enjin 1.5L.

TRENKUASA HIBRID (PETROL + ELEKTRIK)

  • Honda Civic e:HEV RS (2022) dijana sistem hibrid penuh yang dipadankan enjin aspirasi natural (NA) baharu 4-silinder 2.0L e:HEV kitaran Atkinson dengan teknologi suntikan bahan api langsung (DI) tekanan tinggi, dan dua motor elektrik.
  • Transmisi E-CVT dengan Unit Kuasa Pintar (Intelligent Power Unit, IPU) yang mengandungi bateri litium-ion ringan dan kompak.
  • Menghasilkan output kuasa enjin 141hp @ 6,000rpm, dan tork 189Nm @ 4,500rpm, manakala output motor elektrik 181hp dan tork 315Nm.
  • Data kuasa Honda Civic e:HEV RS (2022) adalah lebih tinggi daripada versi Thailand kerana Malaysia menggunakan gred petrol berkualiti tinggi. Ini membolehkan prestasi tork 31 peratus lebih baik berbanding Civic petrol turbo versi Thailand.

MODEL PERDANA SIRI CIVIC GEN-11

  • Jika konsep siri Honda Type R ialah Ultimate Sport, Honda Civic e:HEV RS (2022) pula tergolong sebagai model Smart Sport.
  • Menerima pakej RS dengan menduduki tangga teratas dalam famili Civic generasi ke-11 (FE).

NAMPAK SAMA TAPI ADA BEZANYA

Civic e: HEV RS
Civic RS Petrol
  • Perbezaan rupa depan, varian hibrid mendapat tambahan aksen krom pada gril depan dan lampu depan. Logo versi hibrid ada latar biru.
Civic e: HEV RS
Civic RS Petrol
  • Hendal pintu Honda Civic e:HEV RS (2022) jenis dwi-tona, iaitu krom hitam sebelah atas, dan hitam di tepi. Frem tingkap pula krom, manakala rim aloi 18 inci juga jenis dwi-tona. Sistem ekzos jenis tunggal.
  • Dimensi sama seperti Honda Civic petrol, iaitu panjang 4,678mm, lebar 1,802mm dan tinggi 1,415mm.
  • Apa berbeza ialah jarak roda 2,734mm (Honda Civic petrol: 2,733mm), jarak lega bumi 128mm (126mm) dan berat bertambah kira-kira 100kg (50kg depan, 50kg belakang).
  • Berbanding Honda Civic generasi terdahulu, sedan hibrid itu kini lebih panjang 30mm, lebih lebar 3mm dan lebih rendah 1mm, manakala jarak roda ditambah 35mm.

BACA >>> Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!
BACA >>> Malaysia yang Pertama Dunia Dapat Honda City Hatchback dengan Enjin Hibrid e:HEV?

3 CIRI BAHARU KABIN

  • Pengecas telefon pintar wayarles
  • Kluster instrumen TFT penuh 10.2 inci
  • Penyaman udara automatik dwi-zon
  • Udara sejuk dalam kabin digunakan untuk membantu menyejukkan unit kuasa pintar (IPU) yang ditempatkan bawah kerusi penumpang belakang melalui ventilator udara di bawah kerusi belakang (rujuk foto bawah).

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju

KAD KUNCI

  • Honda Civic e:HEV RS (2022) disertakan bersaa Kad Kunci (Key Card) kompak yang cuma setebal dua kad kredit.
  • Kad Kunci memudahkan pemandu menghidupkan enjin atau akses masuk kereta. Pemilik juga menerima dua set kunci biasa jenis keyless.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800

CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Honda Civic e:HEV RS (2022) didatangkan bersama teknologi Honda SENSING yang lebih komprehensif seperti berikut:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN) –  Ciri baharu
  • Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Halaju Rendah (LSF)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

Honda Civic Honda Civic e:HEV RS (2022) Honda Malaysia honda sensing Roda4 Sedan C Sedan kompak sedan segmen-C
Shawkath

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.