Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic EF Muncul Juara Keseluruhan Merdeka Race 2024
Auto Terkini

Honda Civic EF Muncul Juara Keseluruhan Merdeka Race 2024

SyafieBy Syafie03/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACARA tumpuan Malaysia Speed Festival (MSF), Merdeka Race 2024 menyaksikan Honda Civic EF Generasi ke-4 (dibina antara 1987-1991) muncul sebagai juara keseluruhan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, malam Ahad lalu (1 September 2024).

Semua peserta perlumbaan dikuasakan Petronas Primax itu perlu melengkapkan 99 pusingan sejauh 5.543km untuk merebut enam kategori perlumbaan berbeza.

Bagaimanapun, sebarang kemungkinan boleh terjadi apabila hanya 42 daripada 77 pelumba sahaja yang berjaya menamatkan pusingan hingga ke garisan penamat.

Lebih mengejutkan, pasangan ‘Boy’ Soh Zhi Xian dan Tan Wai Hoong yang memandu Perodua Myvi generasi pertama daripada pasukan Trackerz Racing terpaksa akur untuk tidak meneruskan perlumbaan pada pusingan ke-76 walaupun berjaya menjadi lima terbaik sepanjang 26 pusingan awal.

Civic EF dipandu tiga pelumba Gan Kim Koa, Lee Wai Cong, dan Hayden Haikal melengkapkan pusingan penuh perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 4 jam 54 minit 31.789 saat. Ini secara tidak langsung melayakkan trio itu dinobatkan sebagai juara dalam kategori Super 1800cc.

Kereta kami hampir kehabisan minyak pada dua pusingan terakhir tapi saya tetap mencuba terbaik untuk memastikan kereta ini tidak berhenti.”

“Kereta ini juga membuat kemunculan kali kedua selepas enam tahun tidak menyertai mana-mana perlumbaan.”

Tempat kedua keluruhan dimenangi trio Faizal Naim, William Yong, dan Al Amin Mohd yang memandu Honda Civic bagi pasukan Millenium Racing 1, sekali gus memenangi tempat pertama bagi kategori Super Touring Vision HKS.

Tempat ketiga keseluruhan dan juga juara kategori Vision HKS GT86 x BRZ Racing Cup pula dimenangi pasangan Mohd Fahrizal Hassan dan Syed Mohd Rizal menerusi jentera Toyota GR86.

Semua tiga pemenang teratas setiap kategori membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM50,000. Berikut keputusan penuh mengikut kategori:

Keseluruhan

1. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal​​ ​​​99 lap
2. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd​ (Millennium Racing 1) ​​99 lap
3. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal​​ (FAWSTER SMRT​​) ​99 lap

Rennplatz Standard Production

1. Siah Woei Ping/Chong Chin Young​​​​ ​​98 lap
2. Chio Wen Cheng/Kingston Tan/Tse Ka Hing​​​​​ 97 lap
3. Freddie Ang/Jwan Hii​​​​ ​​​​96 lap

Rennplatz Standard Production Max

1. Tan Wooi Loon/Roni Risman​​ (​Piston Project​​​) 96 lap
2. Ahmad Firdaus/Mohamad Najib/Lee Kun San​ (Fawster 22ProShop​​) +14.626s
3. David Kang/Gerald Goh​​​​ (Sokudo Shenzo Racing X Agi​) 95 lap

Vision HKS Super Touring

1. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd (​Millennium Racing 1​) ​99 lap
2. Jonathan Lee/Justin Toh​​​ (TEDCO Racing​​​) +1:19.160
3. Mohd Irwan/Aiyub Alamghir​​ (​Sokudo Shenzo Racing) ​​96 lap

Vision HKS GT86 x BRZ Racing Cup

1. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal (​​FAWSTER SMRT​​​) 99 lap
2. Muhd Khairul Nizam/Sean Khoo​​​ (EXN-JR Speed Sucimuci​) ​97 lap
3. Kenneth The/Danny Chang​​​​ ​​​94 lap

Super 1800

4. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal​​​​ ​99 lap
5. Yau Weng Wai/Low Zhe Wei​​​​​​​ 94 lap
6. CY Khoo/Gilbert Ang​​​​​​​ ​89 lap

Super Production

1. Jonathan Xie/Leong Jia Le Kent​​​Xie-Kent​​​ 98 lap
2. Muhammad Nurazmi/Shamir Aizan/Raha Ahmad (55twelve X A RC Racing​) 96 lap
3. Ng Tiam Lai/Eugene Lin/Mark Darwin​​​​​​ 94 lap

Auto Terkini Honda Civic EF Litar Antarabangsa Petronas Sepang Malaysia Speed Festival Merdeka Race 2024
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.