Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatchback Kini Ada di Thailand!
Roda4

Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatchback Kini Ada di Thailand!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ke Thailand, anda bukan sahaja dapat meneroka pemandangan atau pengalaman baharu, tetapi silap hari bulan anda boleh terserempak kelibat Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatcback kerana model itu kini sudah pun dijual secara rasmi di sana. Sebagai makluman, Thailand juga ialah negara Asean pertama menerima Civic Hatchback dan mungkin antara segelintir negara dunia yang menjualnya secara rasmi.

Dari segi luaran, Honda Civic Hatchback nampak saling tidak tumpah dengan Honda Civic Sedan, tetapi masih ada bezanya. Persamaan paling jelas ialah lampu utama, cermin dan garis badan yang menjadi identiti Civic baharu. Namun, penampilan lain seperti bampar depan dan belakang menunjukkan perbezaan ketara dengan corak lebih agresif.

Sesuai dengan bentuk badan hatchback, struktur bukaan but belakang direka secara menaik dengan diserikan dua spoiler, satu di atas yang separas bumbung dan satu lagi di tengah pada hujung but yang nampak ‘comel’ merentasi cermin belakang berserta set lampu brek ketiga.

SPESIFIKASI HONDA CIVIC HATCHBACK THAILAND

  • Enjin 4-silinder, 16 Valve,  1.5L DOHC VTEC TURBO.
  • Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) dengan teknologi Earth Dreams.
  • Kuasa maksimum 173hp pada 5,500 rpm; Tork maksimum 220Nm (1,700 – 5,500 rpm).
  • 112mm lebih pendek berbanding sedan (4,518 / 4,630 mm).
  • Kapasiti but: 414 liter (sedan, 519 liter).
  • Ruang but lebih luas berbanding sedan apabila kerusi dibaringkan.
  • Sistem infotainment Advanced Display Audio dengan paparan 7-inci bersama ciri Bluetooth, USB dan Apple CarPlay.
  • Penghidup enjin kawalan jauh.

CIRI KESELAMATAN

  • 6 beg udara
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)

LAIN-LAIN

  • Kamera Belakang Pelbagai Sudut
  • Brek Parkir Elektrik
  • Brek Pegun Automatik – Auto Brake Hold
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Kunci Automatik Walk Away

WARNA PILIHAN

  • Midnight Burgundy Pearl (ungu)
  • White Orchid Pearl (putih)
  • Crystal Black Pearl (hitam)
  • Modern Steel Metallic (kelabu)
  • Lunar Silver Metallic (perak)

HARGA

  • 1,169,000 baht (RM147,214)

Setakat ini, Honda Malaysia tidak merancang untuk membawa masuk Honda Civic Hatchback melainkan ada permintaan kuat. Jadi, harapan yang ada adalah melalui ejen-ejen kereta import.

Honda Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatchback Honda Civic Turbo Hatchback
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.