Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB300R (2018) | 12 Fakta Pantas yang Perlu Anda Tahu
Roda2

Honda CB300R (2018) | 12 Fakta Pantas yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA tampil di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, Honda melancarkan ‘Neo-Sports Cafe’ CB300R, iaitu model kecil yang diadaptasikan daripada CB1000R. Tidak diketahui sama ada model naked itu akan dibawa masuk ke Malaysia, tetapi sudah pun dilancarkan di negara jiran, Thailand pada Januari lalu.

Sekarang mari kita lihat 12 fakta pantas Honda CB300R (2018):

  1. CB300R membawa imej ‘Neo-Sports Cafe’, iaitu model minimalis yang berasal daripada CBR300R.
  2. Dikuasakan enjin silinder tunggal 286cc DOHC penyejukan cecair, sama seperti CBR300R dengan transmisi 6-kelajuan berkuasa 31hp pada 8,500rpm dan tork 27.11Nm pada 7,500rpm.
  3. Rekabentuk sistem ambilan dan ekzos baharu mampu mengurangkan rintangan udara, menyumbang kepada respon terotel lebih linear.
  4. Bagi meminimumkan penyenggaraan, enjin motosikal direka dengan meminimumkan jumlah komponen yang bergerak. Hasilnya, model ini mencatatkan penggunaan bahan api 3.3 liter per 100km.
  5. CB300R menggunakan frem tiub dan keluli tekan (pressed-steel) yang memberikan kekuatan optimum selain mengurangkan berat.
  6. Swingarm direka supaya rigid, tetapi tidak mempengaruhi keselesaan tunggangan, terutama ketika mengambil selekoh. Selain itu, CB300R turut dilengkapi fork terbalik (USD) 41mm dan rim aluminium ringan.
  7. Kuasa henti digalas kaliper brek 4 piston Nissin dengan cakera tunggal 296mm. Opsyen Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) turut ditawarkan.
  8. Berat CB300R ialah 141.9kg (143.7kg dengan ABS).
  9. CB300R sesuai untuk penunggang baharu dengan ketinggian pelana 800mm.
  10. Model ini turut menampilkan ciri premium seperti paparan LCD, lampu LED dan komponen hitam.
  11. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna: Chromosphere Red (merah) dan Matte Gray Metallic (kelabu).
  12. Harga CB300R di pasaran Thailand tidak didedahkan, tetapi untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan dilancarkan Julai ini dijangka berharga AS$4,649 (RM17,991) untuk varian biasa dan AS$4,949 (RM19,152) untuk varian ABS.

SUMBER: UltimateMotorcycling

CB300R EICMA Honda Honda CB300R naked bike Neo Sports Café Pameran Motosikal Milan (EICMA) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.