Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab…
Auto Terkini

Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab…

Han OthmanBy Han Othman21/01/20215 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YA, jangan tak percaya! Tahukah anda Honda pernah menawarkan Brio sebagai model untuk dijenamakan semula (rebadge) di bawah lencana Proton. Maklumat ini kami peroleh daripada sumber dalaman Proton selepas beliau terbaca berita mengenai Brio menjadi model paling laris di Indonesia sepanjang 2020.

Mari kita imbas semula, Proton pernah bekerjasama dengan Honda sebelum menandatangani perjanjian rakan strategik dengan Geely. Anda tentu ingat Proton pada 2016 berkolaborasi bersama Honda untuk mengeluarkan model Perdana yang di-rebadge daripada Accord generasi kelapan.

Proton Perdana 2016
Proton Perdana 2016

Sebenarnya bukan Accord saja kerana Honda turut menawarkan Brio, Amaze dan Mobilio sebagai model rebadge pada 2013, iaitu lebih awal sebelum Perdana (2016), dan Iriz (2014) diperkenalkan.

BACA >>> Proton Perdana (2016) Siap Sedia Dilancarkan (+Video)
BACA >>> Proton Iriz (2014) – Harga bermula RM42,438 Hingga RM62,888

Berdasarkan segmen, Brio akan muncul sebagai hatchback segmen-B atau subkompak yang hari ini diisi Iriz. Jika projek itu jadi kenyataan, ‘Proton Iriz Brio’ akan berentap dengan Perodua Myvi di pasaran tempatan. Bagaimanakah Amaze (foto atas) dan Mobilio (foto bawah)? Amaze dicadangkan sebagai Saga baharu (sedan segmen-A), manakala Mobilio (foto atas) bakal menjadi model baharu dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) mini.

Bagaimanapun Proton menolak melakukan pelaburan dengan tiga model Honda tersebut, sebaliknya memilih bekerjasama dengan Suzuki menerusi model Ertiga untuk segmen MPV, manakala dua segmen lagi pengeluar nasional itu memilih membangunkan model sendiri. Maka muncullah Iriz (2014), Saga baharu (2016) dan Ertiga (2016).

Soalan lagi, kenapa Proton menolak projek rebadge model Honda tersebut? Menurut sumber enggan dikenali itu, projek ‘Proton Iriz Brio’ sebagai kolaborasi pertama dengan Honda terpaksa ditolak kerana model itu kurang cantik dan dikhuatiri gagal menarik minat pembeli. Malah, Proton juga perlu membelanjakan kos pelaburan tinggi walaupun itu cuma projek rebadge (siapa cakap rebadge cuma tukar lambang saja?), sekali gus mempengaruhi harga jualan.

Menurut sumber itu lagi, kalau kereta segmen-B dijual mahal sangat, siapa nak beli? Lagipun Proton ketika itu sedang dalam proses hendak memulihkan reputasi jenama tersebut selepas bergelut dengan krisis identiti dan masalah kewangan meruncing.

BACA >>> Harga Proton Ertiga Diumumkan, Bermula RM58,800 Hingga RM64,800

Walaupun Brio hari ini (generasi kedua) boleh tahan mengancam, tetapi melihat rupa model awal dulu (foto atas) membuatkan kami turut bersetuju dengan keputusan Proton. Ya, Brio generasi pertama dulu (yang akan menjadi model rebadge Proton) memang agak pelik rupanya dan langsung tidak menepati cita rasa rakyat Malaysia.

Bagaimanakah agaknya rupa ‘Iriz Brio’ jika projek Proton-Honda jadi kenyataan? Model generasi pertama mungkin nampak hodoh, tapi model kedua (dilancarkan pada 2018) boleh tahan menarik juga. Kami pun minta bantuan pakar manipulasi foto, Teophilus Chin untuk lakarkan model Brio dengan lencana Proton.

Di bawah ini hasilnya. Boleh tahankan?

BACA >>> Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020

10 peserta akhir ke singapura Honda Honda Amaze Honda Brio Honda Mobilio Proton Proton Brio PROTON Holdings Berhad Lancar Proton We- Care Proton Iriz Proton Perdana
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

5 Comments

  1. mas on 21/01/2021 09:19

    Tapi rasanya masih tak dapat lawan myvi, orang tetap akan beli myvi atas dasar senang maintain.

    Reply
  2. Sigaraga on 21/01/2021 11:25

    Jika Brio Iriz di lancarkan, Iriz R5 xkan wujud..

    Tapi mmg kombo yang menarik bg brio, amaze dan mobilio.

    Reply
  3. Silthice on 21/01/2021 15:22

    Kalau x silap Brio segmen A… Jazz Segmen B… Syg gak Proton x amek untuk ganti Savvy/Tiara. Manakala Mobilio pulak agak menarik gak berbanding dengan Ertiga tp mungkin saiz dah dekat sangat dgn Exora.

    Reply
  4. Miemie on 21/02/2023 13:23

    Proton ni looser…
    Pada mula2 dulu ja berjaya dgn model saga 1st model dan Wira…
    Bila dah rasa kedepan, design keta tah apa2 mcm persona, iriz.. paling teruk savvy

    Reply
    • Azhan O on 02/03/2023 19:33

      Savvy ada peminat tersendiri. Masalah Savvy bukan design, tapi enjin

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.