Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda BR-V Sudah ‘Sailang’ Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?
Roda4

Honda BR-V Sudah ‘Sailang’ Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?

Han OthmanBy Han Othman23/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RASANYA ramai sudah tahu Honda pada awal bulan lalu mendakwa jualan crossover terbaru mereka, BR-V berjaya memintas gergasi dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak, Perodua Alza dan dikatakan sudah memecut meninggalkan pesaingnya itu sejak Februari lalu.

Apakah kerana terlalu menumpukan kepada pasaran model lain seperti Myvi, Axia dan bayi baru mereka, Bezza, maka Perodua melupakan Alza? Mungkinkah kejayaan BR-V itu bakal mengejutkan Perodua daripada lena supaya cepat-cepat mencari pengganti Alza?

BACA >>> Perodua Bezza yang Dulu Bukanlah yang Sekarang, Kini Tidak Lagi Tonggek

Jika melihat pasaran serantau, model pengganti Alza sebenarnya sudah pun dilancarkan di Indonesia pada Ogos tahun lalu oleh Daihatsu dan Toyota, yang diketahui umum sebagai dua syarikat induk yang menaungi Perodua. Daihatsu mengumumkan Sigra, manakala Toyota memperkenalkan Calya, di mana kedua-dua model MPV kompak 7-kerusi itu dilancarkan serentak pada hari sama – 2 Ogos 2016.

MPV SAMA, TAPI HARGA & CIRI BERBEZA

Sebenarnya, Daihatsu Sigra dan Toyota Calya ialah jenis kereta sama di bawah segmen MPV kompak, tetapi kerana tidak mahu setiap model mengganggu pasaran masing-masing, pembahagian varian enjin dilakukan. Sigra ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.0L dan 1.2L, manakala Calya menampilkan enjin 1.2L sahaja dengan ciri lebih premium.

Maknanya, harga model Daihatsu lebih ‘marhaen’ atau murah berbanding Toyota walaupun kereta sama. Analoginya bolehlah diibaratkan Proton dan Perodua mengeluarkan Exora (sekadar contoh), tetapi Exora versi Perodua lebih murah, manakala Proton lebih premium. Fahamkan?

Jadi, dalam situasi pasaran Malaysia, jika Perodua suatu hari nanti memperkenalkan pengganti Alza, kami menjangka jenis varian yang akan dibawa masuk ialah variasi kedua-dua model antara Sigra dan Calya. Ini kerana Toyota Malaysia sudah pun menyerahkan baton dalam hal ehwal pengeluaran MPV kompak kepada Perodua sebagai pengganti Daihatsu di negara ini.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’

Kemungkinan besar Alza baharu akan menampilkan enjin 1.0L dan 1.2L dengan varian tipikal yang biasa ditawarkan Perodua, iaitu Standard, SE dan Advanced. Mungkinkah cuma enjin 1.2L sahaja digunakan, ataupun enjin 1.3L milik Bezza? Atau enjin baru 1.5L milik Vios?

Berikut ialah spesifikasi Daihatsu Sigra:

ENJIN 1.0L 3-sebaris 1KR-VE DOHC VVT-i | 1.2L 4-sebaris 3NR-VE DOHC Dual VVT-i
TRANSMISI Manual 5-kelajuan | Automatik 4-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 66hp@6,000rpm | 86.7hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 89Nm@3,60rpm | 108Nm@4,200rpm
BREK Brek cakera (depan); Brek dram (belakang)
SUSPENSI Strut MacPherson (depan); Semi Independen Gandar Kilas Rasuk (torsion axle beam) (belakang)
KAPASITI TANGKI 36L
DIMENSI Panjang 4,070mm x Lebar 1,655mm x Tinggi 1,600mm
JARAK RODA 2,525mm
CIRI Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), 2-beg udara, sensor sudut depan, Kerangka TAF (Fungsi Termaju Total), Kunci bersepadu dan kawalan jauh dengan imobiliser, sensor belakang, rasuk (beam) impak sisi, tali keledar depan dengan prategangan dan pengehad daya, penyaman udara baris belakang, stereng kuasa elektrik (EPS),

Spesifikasi Toyota Calya pula tidak banyak berbeza. Sekali lagi dimaklumkan, Calya menawarkan varian enjin 1.2L (MT dan AT) sahaja. Perbezaan lain ialah kemasan trim dalaman yang lebih premium berbanding Sigra dengan ciri cermin sisi elektrik berserta kunci bersepadu kawalan jauh dengan imobiliser untuk semua varian.

HARGA

Perbandingan harga di bawah adalah antara varian paling asas dan paling premium sahaja antara kedua-dua model.

SIGRA 1.0 D MT Rp108,900,000 (RM35,945)
SIGRA 1.2 R AT DLX Rp149,650,000 (RM49,395)

CALYA 1.2 E MT Rp134,600,000 (RM44,428)
CALYA 1.2 G AT Rp152,150,000 (RM50,220)

Setakat ini tiada lagi khabar bahawa Perodua akan melancarkan model pengganti Alza dalam masa terdekat.Kalau dilancarkan, apakah nama baru MPV itu nanti? Masihkah bernama Alza atau diberikan nama baru misalnya Aziah atau Maznah?

Sebelum itu, marilah kita menjamu mata dahulu dengan gambar-gambar menarik Daihatsu Sigra dan Toyota Calya:

TOYOTA CALYA

DAIHATSU SIGRA

SUMBER: Daihatsu Indonesia | Toyota Indonesia

Daihatsu Sigra Indonesia Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV MPV Indonesia MPV Kompak Perodua Perodua Alza Roda4 Toyota Calya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.