Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Access Kerjasama Dengan Syarikat Jepun Dalam Projek Kitar Semula Karpet, Mula Dengan N-VAN
Auto Terkini

Honda Access Kerjasama Dengan Syarikat Jepun Dalam Projek Kitar Semula Karpet, Mula Dengan N-VAN

Abang HirataBy Abang Hirata18/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMBANGUNAN kenderaan elektrik (EV) perlu juga melibatkan perkakasan lain yang mengambil kira alam sekitar dan tidak tertumpu pada trenkuasa sahaja.

Perkara ini telah diambil berat oleh beberapa pengeluar dan hasilnya EV yang dikeluarkan turut menggunakan perkakasan yang mampan dan mesra alam sekitar.

Satu perkakasan yang sering diberi perhatian ialah kepingan karpet atau alas kaki.

Sebagai contoh Honda Access Co., Ltd bersama Toray Industries, Inc., Toray Amtex Co., Ltd., dan Japan VIAM Co., Ltd. telah memulakan kerjasama dalam pembangunan kaedah kitar semula karpet kereta secara melintang (horizontal recycling).

Honda Access yang membangunkan dan menjual aksesori tulen untuk kenderaan Honda akan memperkenalkan karpet yang dibuat dari PET kitar semula berbanding polipropilena konvensional.

Model pertama yang bakal ditawarkan ialah Honda N-VAN dan merancang untuk mengembangkannya kepada model lain Honda pada masa depan.

Langkah tersebut dijangka dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida semasa penghasilan bahan mentah.

Untuk langkah seterusnya, syarikat telah memulakan pembangunan bersama bagi meneroka kemungkinan untuk melakukan kitar semula melintang dengan mengeluarkan resin daripada karpet untuk menghasilkan karpet baharu.

Karpet lantai diperbuat daripada pelbagai bahan fiber dan untuk mengitar dan pemprosesan semula memerlukan proses pengasingan dan lebih sukar daripada kaedah pengacuan produk umum.

Kerjasama yang dibentuk ini akan memanfaatkan kekuatan masing-masing ke arah menjadikannya satu kenyataan pada masa depan.

Selain kitar semula yang telah berlangsung selama berdekad, dunia juga sedang menumpukan pada ekonomi kitaran di mana sesuatu barangan digunakan selagi boleh termasuk penghasilan.

Objektifnya ialah supaya sumber dan barangan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Honda Honda Access Honda N-Van Honda N-VAN e:
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.