Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HLYM Lancar Model Edisi Khas ‘World GP 60th Anniversary Edition’ Esok! Adakah Y16ZR?
Auto Terkini

HLYM Lancar Model Edisi Khas ‘World GP 60th Anniversary Edition’ Esok! Adakah Y16ZR?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berkongsi video acah terbaharu yang mendedahkan ketibaan model edisi ulang tahun ke-60, World GP 60th Anniversary Edition yang bakal menjengah pasaran Malaysia 8 April ini (esok).

Dalam klip video 15 saat itu, HLYM cuba mengimbas semula aksi Yamaha dalam beberapa perlumbaan bersama barisan pelumba yang menjulang trofi dan memijak pentas podium.

BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
BACA >>> Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k

Model edisi World GP 60th Anniversary Edition adalah siri motosikal dan skuter yang diperkenalkan sempena meraikan ulang tahun ke-60 pembabitan Yamaha dalam sukan lumba Grand Prix (GP).  Kebiasaannya, perubahan dilakukan adalah membabitkan aspek kosmetik tanpa mengubah spesifikasi mekanikal asal.

Warna seragam didominasi latar putih dengan strip blok merah dengan garis luaran hitam pada sisi. Juga ada aksen kuning pada panel depan atau atas tangki minyak, manakala rim dikenakan warna tembaga.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi diperoleh mengenai model yang akan mendapat penghormatan memakai seragam World GP 60th Anniversary. Kapsyen dalam perkongsian Facebook Yamaha Motor Malaysia menyebut ‘Kegemilangan terunggul akan tiba!’

Kebetulan supermoped Yamaha Y16ZR kini menggunakan slogan ‘Prestasi Terunggul’, sekali gus mencetuskan teori mengenai kemungkinan model itu dipilih. Bagaimanapun, itu semua sekadar ramalan.

Mungkin juga ada beberapa varian World GP 60th Anniversary Edition diperkenalkan serentak seperti dilakukan Yamaha Eropah. Mungkinkah mengikut stail pemasaran Indonesia yang cenderung melancarkan edisi sama satu demi satu.

BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition di Jepun Tahun Depan, RM13k!
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Waisuku 150 Edisi Aniversari MotoGP ke-60, Harga RM7.3k!
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Warna Baharu XSR155 (2022), Ada Edisi Ulang Tahun MotoGP
BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 155 VVA Edisi 60 Tahun MotoGP, Harga RM9.4k

Auto Terkini HLYM Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 World GP 60th Anniversary Edition Yamaha Yamaha World GP 60th Anniversary Edition yamaha y16zr
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.