Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HiPhi A (2024), Kereta Hiper Elektrik Ala Sci-Fi dengan Kuasa 1,287hp, Kelajuan Hampir 300kmj!
Roda4

HiPhi A (2024), Kereta Hiper Elektrik Ala Sci-Fi dengan Kuasa 1,287hp, Kelajuan Hampir 300kmj!

Abang HirataBy Abang Hirata13/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HIPHI
ialah jenama teknologi elektrik pintar bawah Human Horizons yang berpangkalan di Shanghai, China.

Model pertama, HiPhi X diperkenal pada 2020 dan kini tiga lagi model dilancarkan dalam susunan menarik iaitu Z, Y dan A. Model terbaharu HiPhi A (2024) bukan biasa-biasa dan diperkenal di Pameran Auto Guangzhou pada 17 November lalu dan dikeluarkan dalam unit terhad.

HiPhi A adalah produk kerjasama antara HiPhi dan WESAIL New Energy Automotive yang menggabungkan bateri dan teknologi motor dibangunkan HiPhi dan elemen kereta hiper (hypercar) Apollo. HiPhi juga bekerjasama dengan Pusat Sistem Pembuatan Pintar Universiti Shanghai Tech.

Rekabentuk hypercar itu begitu menonjol dengan badan maskular dari depan hingga belakang selain penggunaan material gentian karbon dan kemasan warna kusam.

Fender mengembang, spoiler dan bampar belakang membentuk imej ekstrem hypercar tersebut yang tidak canggung jika HiPhi A dijadikan bintang dalam filem fiksyen sains (sci-fi).

Bahagian kabin tidak seperti HiPhi Z yang diasaskan dengan pilihan 4- atau 5-kerusi dan dalam bentangan empat tempat duduk sahaja.

Dari segi prestasi, HiPhi A luar biasa dengan pecutan 0-100kmj sedikit melepasi 2 saat, dan sasaran kelajuan maksimum hampir 300kmj. Sebagai perbandingan, pecutan 0-100 kmj memerlukan 3.8 saat menggunakan pacuan dwi-motor elektrik 672hp dan tork 410Nm.

HiPhi A (2024) ialah model pertama dilengkapi pek bateri dan motor kuasa tinggi yang dibangunkan sendiri HiPhi. Dibina berasaskan platform 800V, pacuan elektrik hypercar tersebut terdiri daripada motor tunggal di depan dan dwi-motor di belakang dengan kuasa puncak 1,287hp.

Motor tersebut menggunakan rekaan bilah gentian karbon berkelajuan ultra tinggi dan sistem penyejukan minyak penuh serta teknologi penyejukan gegelung silinder magnetik terus.

Operasi rev mencecah 22,000rpm dan output kuasa tinggi boleh dijana lebih daripada 30 minit. Selain itu, motor HiPhi A (2024) dibuat ringan, kompak, dan ultra senyap serta boleh dinaik taraf.

Pek bateri boleh melepaskan kuasa setinggi 1.5MW, juga pertama dalam industri dengan pelindung bawah gentian karbon kalis peluru dan pelindung atas lapisan gentian karbon kalis api.

Ciri dalaman dan luaran menggunakan aloi titanium TC4 dengan casis aloi titanium prestasi tinggi, nano-seramik dan beberapa bahan lain.

Dari segi pemanduan HiPhi A (2024) menggunakan teknologi putaran stereng roda belakang aktif dan sistem damper suspensi variabel. Hypercar itu juga mempunyai nisbah berat gandar depan dan belakang hampir seimbang (50:50).

Turut dilengkapi teknologi Kawalan Pemvektoran HiPhi (HVC) bagi mempertingkat pengendalian dan menambah baik prestasi di selekoh dan pembrekan.

HiPhi HiPhi A HiPhi A (2024) Human Horizons hypercar Kereta Hiper Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.