Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Highways England Naikkan Had Laju, Kini 100kmj di Kawasan Lebuh Raya Dibaik Pulih
Auto Terkini

Highways England Naikkan Had Laju, Kini 100kmj di Kawasan Lebuh Raya Dibaik Pulih

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGENDALI lebuh raya Highways England mengumumkan menaikkan had laju lebuh raya daripada 80kmj kepada 100kmj di kawasan baik pulih jalan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ujian percubaan dan penyelidikan yang panjang mengenai kesan had laju lebih tinggi terhadap keselamatan pengguna dan pekerja sepanjang proses membaik pulih jalan di lebuh raya.

BACA >>> #Videotomotif: Abang Polis, Brader RFS 150iLE Selamatkan Monyet Tengah Lebuh Raya

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Highways England, Jim O’Sullivan berkata, hasil penyelidikan menunjukkan pengguna jalan raya akan mendapat manfaat had laju baharu 100kmj itu kerana dapat memendekkan masa perjalanan dan rasa selamat.

“Pengguna jalan raya faham jalan raya perlu dibaik pulih, tetapi mereka kecewa dengan situasi itu. Jadi, ujian kelajuan 100kmj adalah untuk mencabar norma sambil memastikan keselamatan pekerja kami di luar sana dan mereka yang menggunakan jalan raya.

“Kami ada program kerja besar, jadi kebenaran memandu 100kmj dengan selamat diteruskan bagi menambah baik pengalaman pemanduan di lebuh raya kami,” katanya.

Ujian percubaan had laju baharu itu dibuat di lapan kawasan sekitar England. Walaupun purata kelajuan di kawasan ujian dinaikkan, pasukan penyelidik mendapati lebih ramai memandu dalam kelajuan tinggi. Sesetengah kawasan mencatatkan keputusan ujian meyakinkan dengan menetapkan had laju 100kmj untuk baik pulih jalan jarak panjang, atau mengekalkan had laju itu hingga kerja selesai.

Menurut Highways England;

Selepas mencuba had laju 100kmj di beberapa kawasan lebuh raya dibaik pulih yang selamat untuk dilakukan, kami senang hati mengumumkan ia sukses!. Kami dapati masa perjalanan dapat dijimatkan antara 8 peratus dan 14 peratus yang memberikan penjimatan masa hingga 3,778 jam perjalanan sehari.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Had Laju Jalan Raya di Malaysia?
BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

SUMBER: MCN

Auto Terkini Had Laju Had Laju Lebuh Raya Highways England Jim O'Sullivan Lebuh Raya
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.