• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Highways England Naikkan Had Laju, Kini 100kmj di Kawasan Lebuh Raya Dibaik Pulih

Highways England Naikkan Had Laju, Kini 100kmj di Kawasan Lebuh Raya Dibaik Pulih

July 30, 2020 By AI Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGENDALI lebuh raya Highways England mengumumkan menaikkan had laju lebuh raya daripada 80kmj kepada 100kmj di kawasan baik pulih jalan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ujian percubaan dan penyelidikan yang panjang mengenai kesan had laju lebih tinggi terhadap keselamatan pengguna dan pekerja sepanjang proses membaik pulih jalan di lebuh raya.

BACA >>> #Videotomotif: Abang Polis, Brader RFS 150iLE Selamatkan Monyet Tengah Lebuh Raya

highways-england-logo
Jim-O-Sullivan-Highways-England
baik-pulih-jalan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Highways England, Jim O'Sullivan berkata, hasil penyelidikan menunjukkan pengguna jalan raya akan mendapat manfaat had laju baharu 100kmj itu kerana dapat memendekkan masa perjalanan dan rasa selamat.

"Pengguna jalan raya faham jalan raya perlu dibaik pulih, tetapi mereka kecewa dengan situasi itu. Jadi, ujian kelajuan 100kmj adalah untuk mencabar norma sambil memastikan keselamatan pekerja kami di luar sana dan mereka yang menggunakan jalan raya.

"Kami ada program kerja besar, jadi kebenaran memandu 100kmj dengan selamat diteruskan bagi menambah baik pengalaman pemanduan di lebuh raya kami," katanya.

baik-pulih-jalan
baik-pulih-jalan-2

Ujian percubaan had laju baharu itu dibuat di lapan kawasan sekitar England. Walaupun purata kelajuan di kawasan ujian dinaikkan, pasukan penyelidik mendapati lebih ramai memandu dalam kelajuan tinggi. Sesetengah kawasan mencatatkan keputusan ujian meyakinkan dengan menetapkan had laju 100kmj untuk baik pulih jalan jarak panjang, atau mengekalkan had laju itu hingga kerja selesai.

Menurut Highways England;

Selepas mencuba had laju 100kmj di beberapa kawasan lebuh raya dibaik pulih yang selamat untuk dilakukan, kami senang hati mengumumkan ia sukses!. Kami dapati masa perjalanan dapat dijimatkan antara 8 peratus dan 14 peratus yang memberikan penjimatan masa hingga 3,778 jam perjalanan sehari.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Had Laju Jalan Raya di Malaysia?
BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

SUMBER: MCN

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Had Laju, Had Laju Lebuh Raya, Highways England, Jim O'Sullivan, Lebuh Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my