Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
Auto Terkini

Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INI ialah motosikal paling mahal dunia, Harley-Davidson Strap Tank edisi 1908. Motosikal itu berjaya dijual pada harga AS$935,000 (RM3.98 juta) termasuk caj menerusi acara lelongan firma Mecum.

Motosikal itu dilelong pada 28 Januari 2023 di Hotel & Kasino Point di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat (AS). Berdasarkan laporan, output kuasa enjin ialah 2.72hp.

BACA >>> Honda RC213V-S Pecah Rekod Motosikal Jepun Dilelong Paling Mahal, RM988k!

Harley-Davidson Strap Tank merangkul motosikal paling mahal dunia kerana dilelong AS$6,000 (RM25,548) lebih tinggi berbanding model Vincent edisi 1951 yang memegang status itu sejak 2018.

Bidaan minimum untuk memiliki Harley-Davidson itu ialah AS$850,000 (RM3.62 juta). Sebaik mencatat paras itu dicatat dengan tambahan semua yuran dan caj, jumlah itu satu rekod baharu.

Sebenarnya, unit Harley-Davidson ini sudah ditawarkan untuk bidaan menerusi firma Mecum pada Ogos 2022. Pada masa itu, bidaan tertinggi diterima ialah AS$425,000 (RM1.8 juta) tetapi tiada caj tambahan.

Harley Davidson 1908 Strap Tank

Pada 1908, Harley-Davidson melancarkan Model 4 yang menggunakan enjin silinder tunggal 440cc dan dilengkapi teknologi F-Head iaitu sistem pertukaran pengambilan-gas ekzos (intake-over-exhaust, IOE).

Injap dipasang di atas satu sama lain. Palam pencucuh pula ditempatkan di antara kedua-dua injap. Kuasa 2.72hp dijana akan dihantar ke roda belakang menggunakan sistem pacuan tali sawat yang diperbuat daripada material kulit.

Kelajuan maksimumnya kira-kira 64kmj. Gelaran Strap Tank diperoleh dari dua pengikat salutan nikel yang memegang tangki minyak dan tangki petrol pada frem.

Pada tahun 1908, Harley-Davidson menghasilkan 450 unit motosikal itu, suatu rekod pencapaian pada era berkenaan. Model yang anda lihat ini memiliki nombor enjin 2241 merupakan salah satu unit paling tulen.

BACA >>> Beli Motosikal Curi, Lelaki 54 Tahun Dihukum Penjara 6 Bulan

JUMPA DALAM BANGSAL

Strap Tank ini ditemui dalam keadaan lengkap dalam sebuah bangsal pada tahun 1941 di Wisconsin. Motosikal itu berada dalam pemilikan individu yang menjumpainya sejak 66 tahun.

Individu itu banyak melakukan kerja restorasi untuk mengembalikan memulihkan keadaan motosikal tersebut. Semua komponen digunakan adalah tulen termasuk tangki minyak, pengikat tangki minyak, tempat duduk dan manifold.

BAYAR HAMPIR 8 KALI GANDA

Motosikal ini pernah dilelong pada Ogos 2022 dan menerima bidaan setinggi AS$425,000 tetapi gagal dijual. Pada masa itu, harga tersebut adalah bidaan tertinggi untuk unit Strap Tank keluaran 1908.

Beberapa tahun lalu, ada beberapa unit Harley Davidson Strap Tank edisi 1908 dilelong tetapi harga dicatat jarang melepasi paras AS$125,000 (RM532,250)

Ada Harley Davidson Strap Tank keluaran 1907 pernah dijual pada harga bidaan AS$650,000 (RM2.76 juta) pada tahub 2015. Model itu berada dalam keadaan tulen sepenuhnya dan tidak menjalani kerja-kerja restorasi.

SUMBER: Mecum

Harley-Davidson Strap Tank (1908) intake-over-exhaust IOE motosikal vintaj roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.