Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson Lancar Barisan Model Baharu 2021 untuk Pasaran Malaysia
Auto Terkini

Harley-Davidson Lancar Barisan Model Baharu 2021 untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-Davidson hari ini memperkenalkan barisan produk 2021 untuk pasaran Malaysia dengan melancarkan tiga model baharu, yang terdiri daripada Softail Standard (RM89,900), Low Rider S (RM106,900) dan Street Bob 114 (RM101,900)

Harley-Davidson turut mengemas kini model touring edisi 2021, iaitu Road King Special, Road Glide Special dan Street Glide Special pada harga bermula RM129,900, yang dijana trenkuasa signatur Milwaukee Eight. Road Glide Special dan Street Glide Special akan menampilkan pilihan warna dwi-tona, manakala Road King Special hadir dengan warna baharu.

Low Rider S
Softail Standard
Street Bob 114

Selain touring, Harley-Davidson turut menawarkan model super-premium yang mendapat sentuhan divisyen khas Custom Vehicle Operations (CVO). Setiap produk CVO akan dilengkapkan sistem audio Harley-Davidson Audio menggunakan produk berkualiti tinggi Rockford Fosgate, terdiri daripada set pembesar suara dan amplifier khas.

Setiap model juga akan tampil dengan kemasan menarik, teknologi termaju, komponen eksklusif, dan perincian berkualiti tinggi serta dipakejkan bersama waranti terhad Harley-Davidson pada harga jualan bermula RM293,900.

Model Pan-America juga bakal ditawarkan di Malaysia yang baru saja melakukan debut global bulan lalu, tetapi masih tiada tarikh pelancaran dimaklumkan. Model adventure touring itu akan ditawarkan dalam dua varian, Pan America 1250 dan Pan America 1250 Special yang dikuasakan enjin serba baharu Revolution Max. Harga jualan pula bermula RM99,900.

Harley-Davidson bakal mengadakan Rumah Terbuka MY21 bermula 27-28 Mac ini, dan orang ramai  boleh datang melihat lebih dekat model-model Malaysia tahun ini dan menjadi antara pemilik terawal memiliki motosikal jenama Uncle Sam tersebut.

BACA >>> Bocor Imej Cruiser Terkecil Harley-Davidson 300cc, Enjin V-Twin, 30hp
BACA >>> Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k

cruiser bike Custom Vehicle Operations (CVO) Harley-Davidson Harley-Davidson Audio low rider softail standard street bob 114 touring bike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.