Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson Daftar Tanda Dagang untuk Dua Logo Baharu Motosikal Elektrik
Auto Terkini

Harley-Davidson Daftar Tanda Dagang untuk Dua Logo Baharu Motosikal Elektrik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menghadapi kemerosotan jualan motosikal dan saham baru-baru ini, Harley-Davidson nampaknya berusaha memulihkan keadaan syarikat itu dengan meneruskan pelan penerokaan dalam segmen motosikal elektrik.

Harley-Davidson mendaftarkan tanda dagang (™) untuk dua logo baharu di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) dipercayai untuk kegunaan motosikal atau basikal elektrik keluaran syarikat itu pada masa akan datang. Kedua-dua tanda dagang itu juga dikatakan akan didaftarkan di Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat (USPTO) dalam masa terdekat. Sebagai makluman, Harley-Davidson berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin di AS.

Harley-Davidson sudah pun membuktikan kemampuan menghasilkan motosikal elektrik menerusi pengenalan model LiveWire, tetapi dikritik kerana harga jualan yang dikatakan terlampau mahal.

BACA >>> Presiden dan CEO Harley-Davidson Lepaskan Jawatan

Melihat logo di atas, logo pertama berbentuk bulat dengan fon Harley-Davidson membulat, dan kelihatan panahan kilat seperti logo adiwira Flashman. Logo kedua pula memaparkan huruf H dan D, singkatan kepada Harley-Davidson yang disusun menegak dalam simbol perisai, juga kelihatan panahan kilat.

Kedua-dua logo baharu itu ada satu persamaan iaitu tanda kilat atau petir berwarna hitam secara menegak di tengah-tengah imej. Bagaimanapun, masih belum jelas logo mana satu akan digunakan untuk basikal, motosikal, alat ganti atau sekadar cadangan jenama saja.

BACA >>> ‘Baby Harley’ Dijangka Lancar Jun Ini di China

Harley-Davidson Rude Boy
Harley-Davidson IronE

Sebelum ini, Harley-Davidson sudah mendaftar tanda dagang ‘Rude Boy‘ untuk basikal elektrik masa depan di USPTO. Pengeluar itu juga ada satu lagi projek dengan kod nama EDT600R selain LiveWire yang memiliki lebih kuasa pada julat rev pertengahan. Koleksi basikal untuk kanak-kanak, dipanggil IronE, pun sudah berada di pasaran, tetapi masih menggunakan logo tradisional Harley-Davidson.

BACA >>> Harley-Davidson Fat Boy 30th Anniversary – Model Edisi Khas Tribut untuk Pereka

SUMBER: OmniMoto | Motorcycle

Auto Terkini EDT600R EUIPO Harley-Davidson IronE Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) Rude Boy USPTO
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.