Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo Maksimum RM599 Setiap Musim Perayaan
Auto Terkini

Harga Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo Maksimum RM599 Setiap Musim Perayaan

FikriBy Fikri19/12/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan melancarkan subsidi tiket penerbangan untuk mereka yang mahu menaiki pesawat udara dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena setiap musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, konsep dilaksanakan itu adalah Kerajaan menetapkan harga tiket penerbangan.

Sebelum ini, biasanya tiga hari sebelum musim perayaan adalah tempoh permintaan paling tinggi (beli tiket).

“Apabila kerusi dalam kapal terbang dah berbaki tidak banyak, mungkin kurang dalam 10 peratus, harga itu akan melambung. Memang betul, ada sampai RM1,000 dan lebih RM1,000 pun ada.”

Jadi apa dilakukan Kerajaan adalah meletakkan harga maksimum yang mana rakyat tidak perlu bimbang harga tiket akan melambung tinggi.

Rakyat tak perlu bimbang harga tiket kapal terbang melambung sampai RM1,000 kerana ada harga maksimum RM599.

“Tetapi mungkin lebih murah daripada RM599. Ini kerana siapa beli awal, dia akan dapat dalam RM200 atau RM300, dan sebagainya. Kerusi paling akhir pun harganya hanya RM599,” kata Loke.

Menurutnya, pemberian subsidi itu tidak merugikan syarikat penerbangan kerana perbezaan harga antara RM599 dan harga yang sepatutnya dijual syarikat akan ditampung Kerajaan.

Subsidi penerbangan itu berkuat kuasa bermula 16 Disember untuk perayaan Krismas ini. Malah pada 2024, subsidi tersebut akan diteruskan untuk perayaan besar lain seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai serta Deepavali.

SUMBER: Instagram AnthonyLokeSiewFook | FB AnthonyLoke

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Menteri Pengangkutan subsidi pembelian tiket kapal terbang Subsidi Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. epilogue epic on 20/12/2023 16:00

      br je sy cek… pegi balik KL-BKI, 3beranak rm3400 harga tiket sahaja … blum masuk harga seat, insuran & kargo……. klu tambah semua tu dah rm4200…. ni harga tiket yg xlebih dr rm599…..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.