Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Mazda3 Hatchback di UK Diumumkan, Adakah Mampu Milik?
Auto Terkini

Harga Mazda3 Hatchback di UK Diumumkan, Adakah Mampu Milik?

Abang HirataBy Abang Hirata24/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA3 generasi baharu kali pertama ditayangkan kepada umum di Pameran Motor Los Angeles 2018 dan kini sudah memasuki beberapa pasaran utama dunia. Sebelum ini kami paparkan harga Mazda3 Sedan dan Hatchback di Amerika Syarikat (AS), iaitu sedan bermula AS$21,000 (RM85,500) – AS$27,900 (RM113,600), manakala hatchback AS$23,600 (RM96,100) hingga 28,900 (117,700).

BACA >>> Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L

Harga Mazda3 sedan dan hatchback sedia ada di negara kita pula dijual bermula RM106,00 hingga RM 124,000. Selepas AS, Mazda3 kini boleh dipesan di Britain dan apa yang menarik, harga diumumkan itu untuk versi hatchback saja.

Salah satu sebab, mungkin secara tradisi pengguna di Britain lebih gemarkan model hatchback.

Berikut Siri Mazda3 (2019) Hatchback Versi UK

  • Sebagai permulaan ditawarkan dalam 2 varian enjin: 2.0L Skyactiv-G petrol (120hp) dan Skyactiv-D diesel (114hp).
  • Ada 2 pilihan transmisi: Automatik atau Manual.
  • Enjin baharu Skyactiv-X Spark Controlled Compression Ignition dan model sedan akan menyusul kemudian.
  • Ada 5 varian boleh dipilih: SE-L, SE-L Lux, Sport Lux, GT Sport dan GT Sport Tech.
  • Semua varian ditawarkan dengan enjin petrol dan diesel, kecuali GT Sport Tech.
  • Ciri standard semua varian ialah Pengecaman Papan Isyarat, Kawalan Jelajah Radar, lampu depan LED, sistem navigasi, konektiviti Apple CarPlay/Android Auto dan sistem audio dengan 8 pembesar suara.
  • Varian SE-L ke atas dilengkapi kamera undur, sistem penghidup pintar tanpa kunci, kerusi depan dengan fungsi pemanas.
  • Varian Sport Lux mendapat tambahan kemasan krom pada kabin, cermin pandang belakang tanpa frem dan cermin belakang privasi.
  • Varian GT Sport pula dilengkapi kerusi kulit hitam boleh laras elektrik, stereng dengan fungsi pemanas dan sistem audio Bose.
  • Varian GT Sport Tech, yang paling premium, diberikan teknologi keselamatan aktif, kamera 360º, Amaran Perhatian Pemandu dan kamera dalaman.
  • Varian SE-L dan SE-L Lux didatangkan dengan rim aloi 16 inci, manakala varian Sport Lux dengan tim aloi 18 inci.

Berikut Harga Mazda3 Versi UK

  • Mazda3 Hatchback SE-L (120hp) – £20,595 (RM109,200)
  • Mazda3 GT Sport Tech Auto (120hp) – £26,795 (RM142,200)
  • Mazda3 Hatchback SE-L Diesel (114hp) – £22,395 (RM118,800)
  • Mazda3 GT Sport Auto Diesel (114hp) – £27,735 (RM147,500)

MENARIK TENTANG MAZDA3?

Seperkara tentang Mazda3 baharu, ini ialah model generasi pertama yang membawa kejuruteraan, rekabentuk dan pembuatan terkini Mazda. Enjin Skyactiv-G petrol mempunyai fungsi nyah aktif silinder dan sistem M Hybrid 24V. Sistem hibrid sederhana (mild) ini menawarkan penjimatan minyak menerusi proses mengitar semula tenaga kinetik.

Satu Generator Penghidup Bersepadu / Integrated Starter Generator (ISG) yang dipacu tali sawat akan mengubah tenaga dalam bateri litium-ion, manakala konverter DC-DC membekalkan tenaga kepada komponen elektrik kereta.

Mazda3 dibina berasaskan platform SkyActiv generasi baharu dengan menambah baik kualiti pengendalian, keselesaan dan perincian. Setiap elemen seperti kerusi, badan kereta, tayar dan suspensi dibina berasaskan fokus manusia supaya prinsip ‘Jinba Ittai’ atau ‘Kesatuan’ dapat diseimbangkan antara kereta dan manusia.

BACA >>> Bermula 1 Januari 2019, Mazda Beri 5 Tahun Waranti dan Servis Percuma!!!

GALERI
mazda Mazda UK mazda3 Mazda3 hatchback skyactiv SKYACTIV-G SkyActive-D
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.