Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Kereta Turun Boleh Jejas Ekonomi – Pakar
Auto Terkini

Harga Kereta Turun Boleh Jejas Ekonomi – Pakar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARGA kereta di Thailand mengalami penurunan dan situasi itu mencerminkan kuasa beli yang dimiliki golongan kelas pertengahan dan rendah dikategorikan sebagai semakin lemah. Itu pandangan pakar ekonomi di negara tersebut.

Malah trend itu juga menimbulkan rasa bimbang kerana boleh membawa kepada penurunan penggunaan, pekerjaan dan pengeluaran.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelidik CIMB Thai Bank, Amonthep Chawla menjelaskan pada ketika harga kenderaan turun, terutama disebabkan perang harga, itu petanda kuasa beli populasi (pengguna) semakin lemah.

Beliau berkata;

Industri automotif ialah satu sektor utama di negara ini dan penting untuk ekonomi. Justeru penurunan harga kereta bukan hanya disebabkan kesan akibat persaingan tetapi juga menggambarkan kuasa beli golongan kelas pertengahan dan rendah semakin lemah dalam ekonomi, mendorong kepada penurunan permintaan.”

Dalam situasi sama, penurunan jualan trak pikap menunjukkan kelemahan sektor agrikultur sebagai salah satu komponen penting dalam ekonomi Thailand. Penurunan dalam aspek kuasa beli memberi kesan kepada penggunaan, pekerjaan dan pengeluaran – risiko kepada ekonomi Thailand.

Amonthep berkata lagi;

Pasaran kereta adalah satu sektor penting yang ada kesan tindak balas berantai (chain reaction) dan memberi impak kepada akktiviti perniagaan berkaitan. Justeru pemantauan teliti harus diberi kepada senario perang harga yang sedang berlaku kerana mungkin membawa kepada lebih banyak penurunan dalam pasaran kenderaan terpakai.”

Laporan portal National Thailand menjelaskan pada ketika harga kereta menurun, pengguna MUNGKIN tidak lagi menggunakan kenderaan masing-masing kerana golongan itu mungkin merasakan tidak berbaloi untuk membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan. Ini menambah risiko kenderaan ditarik balik pemberi pinjaman.

Amonthep menjelaskan;

Kena berhati-hati tentang isu aset pada ketika harga kereta terus menurun, yang boleh menyebabkan perubahan tingkah laku pengguna dan lebih banyak kereta ditarik balik.

“Pada ketika masa berlalu, nilai kenderaan mungkin tidak lagi memberi justifikasi dengan harga dibayar, menjadikannya tidak berbaloi untuk terus membuat bayaran pinjaman pembiayaan.

“Ini satu senario yang kita tidak mahu lihat kerana boleh mendatangkan kesan kepada peminjam masa depan, menyebabkan lebih banyak masalah.”

SUMBER: Nation Thailand

Amonthep Chawla
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.