Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin ke Moto2, Sertai Pasukan Angel Nieto?
Auto Terkini

Hafizh Syahrin ke Moto2, Sertai Pasukan Angel Nieto?

Han OthmanBy Han Othman04/10/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA harapan negara, Hafizh Syahrin khabarnya sudah mendapat pasukan baharu untuk dia berlumba dalam saingan Moto2 musim 2020.

Walaupun enggan mendedahkan nama pasukan baharu itu, desas-desus padok kecoh mengatakan Hafizh akan menyertai pasukan Angel Nieto, menggantikan Jake Dixon yang berhijrah ke pasukan Sepang.

“Kami baru tandatangan pra-kontrak, kami belum tandatangan kontrak (penuh) lagi. Mungkin hujung minggu ni.

“Jadi, aku akan pergi Moto2 dan mungkin bukan cabaran baharu, tetapi cabarannya adalah enjin sekarang tak sama,” katanya lagi,” kata Hafizh di padok Buriram, Thailand dipetik Crash.net, semalam.

BACA >>> Tak Rela Kena Sailang Lagi, Marquez Tenang Ketepikan Quartararo; Hafizh Dapat Mata Lagi

Hafizh sebelum ini pernah beraksi dalam kelas kedua MotoGP itu dengan jentera Honda 600cc selama empat musim penuh. Dia  juga pelumba Malaysia pertama pernah berlumba dalam MotoGP. Selain mensasarkan kedudukan lima terbaik untuk saingan musim depan, Hafizh juga optimis untuk kembali semula ke kelas premier.

Menurut Hafizh lagi;

Kembali ke Moto2 ni, aku nak buat sama macam (Thomas) Luthi. Selalu lawan untuk lima terbaik dan dapat podium. Kalau boleh aku nak jadi lima terbaik sebab pernah dapat 10 terbaik selama dua tahun masa Moto2 dulu.

“Aku tak cakap benda ni senang, tapi apa yang aku dapat daripada pengalaman MotoGP dan kondisi fizikal sekarang, aku yakin dapat beri cabaran.

“Aku seronok sebab masih dapat terus berlumba dalam kejuaraan, dan mahu kembali ke MotoGP secepat mungkin.”

SIAPA ANGEL NIETO

Sedikit tentang Angel Nieto Moto2. Pasukan tersebut kini berlumba dengan jentera casis KTM, tetapi tidak untuk musim depan. Menurut Hafiz, pasukan itu akan menggunakan casis Kalex atau Speed Up.

“Aku tak boleh cakap sekarang sebab pasukan tu belum buat keputusan arah yang mereka nak pergi,” katanya.

BACA >>> 8 Hours Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah

Angel Nieto Moto2 Auto Terkini Hafizh Syahrin HS55 Kejuaraan Moto2 Moto2 pescao roda2 sukan permotoran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026

8 Comments

  1. Alson P on 04/10/2019 21:05

    Teruskan usaha gigih anda HS Bo55ku… Target juara keseluruhan musim 2020… Aku support..

    Reply
  2. Robby on 05/10/2019 13:41

    Aku support 200% ko moto2 hafizh…harap² nnati buleh jadi juara moto2 …agaknye kelajuan kurang sikit Dr MotoGP..tapi bagus utk BO55KU kerana sudah lali dgn speedtrack masa MotoGP tu..well done..jom support el pescao

    Reply
  3. Mohd Adha Bin Mohammad Isa Mohd on 06/10/2019 18:01

    Lakukan apa yang terbaik.

    Reply
  4. wak on 08/10/2019 17:41

    tinggalkan pasukan lama kau tu…. moto semput..

    Reply
  5. Huhu on 09/10/2019 10:39

    Betol, ktm enjin lembik

    Reply
  6. Halmy Bin Mahamed on 09/10/2019 14:20

    Takin,, Anak Buleh

    Reply
  7. Ramli on 14/10/2019 08:55

    Rasa nya yamaha yg sesuai dgn anda…sb masa first season nampak ada pembaharuan dlm tunggangan tetapi bila berubah ke KTM…hancus….anda berbakat….teruskan dgn usaha anda….ramai di belakng anda….inshaAllah

    Reply
  8. Fadzzz on 24/10/2019 14:14

    Terus momentum… kalau dapat engine yamaha saya rase anda padu sbb yamaha bila awal bawak selesa.. kami tetap sokong walau mana pun team anda sertai

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.