Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!
Auto Terkini

Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!

Han OthmanBy Han Othman12/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GRED petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara bermula tahun depan – Januari 2020.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, kualiti petrol E4M adalah setanding RON97 dan akan menggantikan standard E2 sedia ada.

Beliau berkata, pihak industri bersedia melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 yang mana kerja-kerja peringkat depoh dan stesen minyak sudah dan sedang dijalankan. Menurutnya, tidak banyak negara mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakan petrol gred itu ialah Britain dan Australia.

“RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun depan pengguna akan dapat menikmatinya,” katanya.

Muez berkata, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap, manakala penjagaan enjin lebih bersih.

KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Muez berkata lagi, mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

BACA >>> RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu, Mula Tahun Depan

DASAR TEKNOLOGI HIIJAU NEGARA 2009

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata pengenalan kualiti bahan api lebih tinggi adalah antara usaha mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009, iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesan ke atas kesihatan orang awam.

Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 ‘Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar’ dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Pada 18 Ogos 2014, Kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5, iaitu: Petrol RON97 EURO4M (1 September 2015), RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata, Kerajaan memutuskan menangguhkan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan daripada 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 supaya selaras dengan perubahan harga kos produk RON95 E4M dengan permulaan kerja peralihan kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh dan stesen minyak.

BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

SUMBER: Bernama

Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 Datuk Muez Abd Aziz Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail E4M EURO4M petrol Ron95
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.