Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?
Auto Terkini

GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

ZYBy ZY08/11/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAZE atau Google Maps?

Mungkin ada pembaca masih ingat nama-nama seperti Garmin, TomTom atau Papago yang pernah popular suatu masa dahulu. Itu sebelum kemunculan Waze, aplikasi navigasi atau GPS telefon pintar yang menggabungkan fungsi media sosial dengan membenarkan pengguna berkongsi maklumat penting seperti keadaan trafik semasa dan kehadiran pihak berkuasa serta perangkap halaju, sekali gus menjadikan peranti navigasi yang lebih senior semakin dilupakan.

Tidak ketinggalan juga Google Maps, asalnya lebih dikenali sebagai laman web peta popular di Internet. Walaupun lambat menawarkan sokongan navigasi untuk aplikasi telefon pintar, dan tanpa sokongan media sosial yang meluas seperti Waze, tetapi Google Maps tetap relevan dengan beberapa ciri tambahan selain kerap dikemas kini semasa ke semasa.

BACA >>> Syarikat India Cipta Kit Penghidup Motosikal Guna Cap Jari, Siap GPS untuk Kesan Lokasi

Di atas kertas, Waze dan Google Maps dilihat sebagai aplikasi navigasi yang menawarkan servis setara – membantu penunggang menuju ke destinasi dengan lebih mudah dan efisien. Namun begitu, berdasarkan pengalaman kami menggunakan kedua-dua servis tersebut untuk navigasi dalam dan luar kota, ada beberapa perbezaan kritikal yang perlu penunggang ketahui.

WAZE – UNTUK PENUNGGANG NAKAL

Waze jadi pilihan utama kepada mereka yang gemar menyertai aktiviti menunggang ‘santai’ hujung minggu atau hari cuti berasaskan ciri laporan pengguna disediakan, seperti laporan kehadiran pihak berkuasa dan perangkap laju.

“Patah balik, patah balik.”

Ini sangat membantu, terutama kepada penunggang yang kerap menyalahi undang-undang jalan raya seperti menunggang terlalu laju, cukai jalan tamat tempoh atau melakukan modifikasi yang tidak dibenarkan. Bagaimanapun untuk kegunaan harian, terutama dalam bandar, penggunaan Waze untuk navigasi ketika menunggang motosikal terbukti lebih sukar daripada apa dijangka.

Penjimatan dua minit ini mungkin tidak berbaloi dengan laluan yang perlu ditempuhi.

Antara masalah dihadapi, kekerapan Waze menukar laluan perjalanan (route) untuk mengelak kesesakan trafik. Ciri ini mungkin lebih dihargai jika sedang memandu kenderaan besar seperti kereta dan MPV, tetapi tidak begitu kritikal bagi penunggang motosikal yang masih boleh mencelah.

Memandangkan penunggang perlu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling, jadi tempoh perhatian ke arah paparan navigasi lebih pendek dan segalanya perlu ditentukan lebih awal. Oleh itu perubahan perjalanan yang tiba-tiba dan kebiasaannya lebih jauh daripada perjalanan asal bakal mengganggu emosi dan konsentrasi penunggang.

Paparan iklan yang menutup sebahagian skrin sebegini sangat mengganggu!

Seperkara lagi, Waze sering  memaparkan iklan ketika berhenti di lampu isyarat. Kami faham, pendapat daripada paparan iklanlah yang membuatkan Waze kekal percuma. Namun, bagi penunggang yang perlu memberikan respon segera ketika lampu isyarat bertukar hijau, kehadiran iklan ‘pop up’ sangat mengganggu kerana mengambil masa untuk dinyahkan.


GOOGLE MAPS – PRAKTIKALITI YANG BOLEH HARAP

Ciri ‘lane assist’ memudahkan pengguna merancang laluan mereka semasa perjalanan

Selain pangkalan data Google yang lebih meluas dan kemampuan bacaan koordinat, Google Maps mampu memberikan petunjuk lokasi yang lebih tepat, iaitu petunjuk lorong atau lane assist. Inilah antara ciri utama Google Maps yang tiada pada Waze.

Mungkin nampak remeh, memandangkan tanpa ciri ini sekalipun Waze masih jadi pilihan popular. Namun, ciri ini sangat kritikal apabila melakukan navigasi di tengah bandar, khususnya Kuala Lumpur kerana ada banyak persimpangan bertindih yang mengelirukan. Jadi, dengan bantuan petunjuk lorong, penunggang dapat memilih lorong paling sesuai lebih awal sebelum tiba di persimpangan, sekali gus memastikan mereka memilih persimpangan yang betul.

Keduanya, mod navigasi peta bukan atas talian atau offline maps.

Walaupun tujuan utama fungsi ini lebih kepada penjimatan data – tetapi pengguna boleh memuat turun peta untuk kawasan yang sering lalui seperti seluruh bandar Kuala Lumpur. Kelebihan lain mod offline ketika menunggang ialah mengelak perubahan secara paksa laluan perjalanan sekiranya menempuh kesesakan lalu lintas.

Saiz peta yang dimuat turun bergantung kepada keluasan kawasan ditetapkan

Kedua-dua ciri itu; petunjuk lorong dan offline maps ialah ciri navigasi yang tidak boleh disangkal kepentingan kepada penunggang. Mereka yang memerlukan navigasi untuk tujuan pekerjaan atau komersil di ibu kota seperti penghantar barangan (runner) dan lain-lain yang melibatkan motosikal, Google Maps boleh dikatakan pilihan navigasi percuma yang lebih baik daripada Waze.

Tidak dinafikan, ketiadaan laporan semasa seperti ditawarkan Waze mungkin menimbulkan sedikit keresahan, tetapi jika anda mematuhi undang-undang, tiada apa perlu dirisaukan.

BAGAIMANA PULA MOD MOTOSIKAL WAZE?

Mod motosikal mula diperkenalkan Waze kepada pengguna tempatan beberapa bulan lalu. Ciri sama juga sudah mula ada pada Google Maps, cuma belum dikemas kini untuk pengguna Malaysia.

Antara ciri dijanjikan mod motosikal – seperti namanya; ialah laluan yang lebih sesuai untuk penunggang motosikal dengan jarak dan jangka masa perjalanan lebih tepat. Ini dibuat selepas mengambil kira situasi penunggang motosikal yang tidak terlalu terganggu akibat aliran trafik selain dapat memanfaatkan lorong dan jalan kecil yang lebih sempit.

Mod ini boleh diakses melalui Settings>Navigation

Berdasarkan ujian singkat kami, memang benar pun mod motosikal Waze menawarkan navigasi khas untuk pengguna motosikal dengan menjadikan lorong kecil sebagai laluan alternatif untuk mengelak persimpangan sibuk dan lampu isyarat.

Namun, memandangkan sukar memberikan tumpuan kepada skrin sepanjang masa ketika menunggang, mod motosikal ini tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi apabila kerap tersalah masuk simpang. Sebahagian punca, bolehlah disalahkan telefon pintar kami yang hang setiap kali lokasi terkini dikemas kini. Mungkin pengalaman masing-masing berbeza, tetapi bagi kami mod motosikal Waze masih tidak cukup untuk menandingi kebolehan Google Maps.


KESIMPULAN

Jadi, adakah Google Maps pilihan navigasi terbaik?

Ya dan tidak, tiada jawapan muktamad memandangkan bergantung kepada apakah ciri yang anda mahukan. Bagaimanapun apa yang boleh ditegaskan, gunalah aplikasi dan telefon pintar anda dengan betul dan selamat.

Sudah bijak kenakan helmet fullface. Tapi…

Kami kerap terserempak penunggang motosikal menggunakan telefon pintar ketika menunggang, yang mana aksi ini sangat berbahaya. Bukan saja mengganggu konsentrasi, malah menyukarkan penunggang mengendalikan motosikal, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Jadi, kepada mereka yang selalu menggunakan Waze atau Google Maps ketika menunggang, kami cadangkan anda beli pemegang telefon khas untuk kegunaan motorsikal.

Ada beberapa rekaan pemegang fon ditawarkan pengeluar dengan rata-rata berharga mampu milik, sekitar RM30 hingga RM50 sahaja. Sebagai saranan, pilihan terbaik kami ialah jenis kalis air (waterproof). Peranti ini pastinya membantu anda mengelak situasi panik apabila tiba cuaca buruk ketika menunggang (boleh dapatkan DI SINI).

Pesanan kami, tidak kira apa jenis pemegang telefon atau telefon pintar yang digunakan, utamakan fokus kepada tunggangan dan sentiasa rancang perjalanan sebelum memulakan tunggangan.

Ingat pepatah Melayu moden – “Telefon pintar memang pintar, tapi pintarkah anda?” 🙂

BACA >>> Pemegang Fon GIVI S956B Khas untuk Penunggang Motosikal

Google Maps google offline maps gps holder gps phone holder waterproof gps phone holder waterproof phone holder Waze waze motorcycle mode waze vs google maps
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

27/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.