• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Pemegang Fon GIVI S956B Khas untuk Penunggang Motosikal

Pemegang Fon GIVI S956B Khas untuk Penunggang Motosikal

April 5, 2018 By Admin Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG fakta yang tidak perlu disangkalkan lagi, manusia zaman ini tidak mampu berjauhan dengan telefon pintar. Malah, ketika menunggang pun telefon pintar sudah jadi gajet wajib ada yang boleh dijadikan sumber hiburan buat melayan muzik dan radio, termasuk tujuan navigasi.

Kepada mereka yang sering menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Map dan Waze, anda perlu berkira-kira membeli alat pemegang fon yang khas untuk motosikal, terutama untuk tunggangan jauh.

GIVI S956B ialah contoh pemegang fon yang patut dicuba, dengan menawarkan ciri berguna buat penunggang motosikal.

Pertama sekali, pelindung matahari. Walaupun ada banyak pilihan di pasaran, pemegang fon GIVI S956B mampu melindungi gajet anda daripada panahan cahaya matahari. Ia juga menampilkan ciri mudah lepas yang mudah dipasang pada hendal atau cermin sisi motosikal selain turut dilengkapi tali keselamatan.

Namun, apa yang sedikit kekok ialah penutup lutsinar depan tidak sepadan dengan skrin fon. Jadi, agak sukar menggunakan skrin sentuh terutama ketika memakai sarung tangan. Apapun, bukan masalah besar dan tidak perlu mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengan aksesori ini.

BACA >>> 5 Jeans Kevlar Terbaik untuk Penunggang Motosikal

Kelemahan lain, pelindung hujan yang disertakan juga tidak 100 peratus kalis air walaupun GIVI mendakwa mampu digunakan dalam kondisi hujan lebat. Ini diuji penulis portal luar negara, VisorDown yang turut mendakwa pelindung lut sinar GIVI S956B itu juga menyukarkan si tuan motosikal mengambil gambar atau berswafoto.

Menurut laman VisorDown, pemegang fon GIVI S956B berharga sekitar £40-£50 (RM218-RM272) yang boleh dipesan di laman web GIVI UK. Menurut tinjauan kami pula, Givi Malaysia tidak menawarkan aksesori seperti ini dan cuma boleh didapati di laman beli-belah popular, Lazada Malaysia, pada harga RM584.70 (sekali ganda lebih mahal) yang diimport dari luar negara. Namun, pembeli boleh memilih membuat bayaran secara ansuran.

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, GIVI, Givi S956B, motosikal, pemegang fon, pemegang fon motosikal, phone holder

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my