Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Gordon Murray Kembali dengan Supercar T.50 Berharga RM10.6 Juta
Roda4

Gordon Murray Kembali dengan Supercar T.50 Berharga RM10.6 Juta

Abang HirataBy Abang Hirata13/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia automotif, Gordon Murray adalah antara tokoh disegani. Beliau ialah individu yang bertanggungjawab merekabentuk supercar tiga kerusi, McLaren F1.

Murray sebelum itu terlibat dengan begitu banyak projek kereta lumba Formula Satu (F1) Brabham. Pada 1988, selepas 17 tahun bersama Brabham, beliau berpindah ke McLaren Racing sebagai Pengarah Teknikal. Kemudian pada 1990, Murray berpindah dari operasi F1 untuk menubuhkan syarikat baharu, dikenali sebagai McLaren Cars Limited. Buat masa ini McLaren F1 dikeluarkan, disusuli Mercedes-Benz SLR McLaren.

Murray kemudian keluar dari McLaren pada 2005 dan menubuhkan Gordon Murray Design Ltd pada 2007. Syarikat ini terus berkembang dan terbaharu beliau dikurniakan darjah kebesaran CBE (Commander of the British Empire) daripada Putera William di Istana Buckingham, bulan lalu.

Sentuhan beliau dalam automotif akan kembali melalui Gordon Murray Automotive dengan model sulung dipanggil sebagai T.50. Ia ibarat bayangan pengganti McLaren F1 dan dikatakan supercar paling fokus kepada pemandu, ringan dan tulen pernah dihasilkan.

BACA >>> Ronaldo Nafi Beli Supercar Bugatti La Voiture Noire RM78 Juta

T.50 bukan lagi pada tahap lakaran atas kertas, tetapi pembangunan model ini sudah pun berjalan dengan pengeluaran dan penghantaran kepada pelanggan akan dibuat pada awal 2022.

Tentang Supercar T.50

  • Direka sebagai supercar GT (grand tourer).
  • Supercar British tulen yang dibikin di Britain.
  • Pelan kejuruteraan, gaya luaran dan dalaman dihasilkan sendiri Gordon Murray Design.
  • Pengeluaran akan dibuat di Britain di bawah Gordon Murray Automotive.
  • Setiap kereta lumba atau kereta jalanan rekaan Murray akan mempunyai tanda nama T.
  • Berat T.50 cuma 980kg, lebih ringan daripada supercar lain.
  • Memiliki dimensi lebar 1,850mm, dan panjang 4,380mm.
  • Menggunakan enjin aspirasi natural (NA) V12 Cosworth-GMA 3.9L 65° berkuasa 650hp dan tork 450Nm.
  • Digerakkan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Konfigurasi tiga kerusi dipelopori Murray pada McLaren F1.

Apa yang menjadikan T.50 sebagai koleksi berharga masa depan ialah model ini cuma dikeluarkan 100 unit sahaja, dan mendapat sentuhan dan ilham Murray yang sudah 50 tahun berkecimpung dalam F1 dan bidang kejuruteraan, termasuk rekabentuk industri automotif.

Tentang harga pula, mereka yang berminat boleh memiliki T.50 pada £2 juta (RM10.6 juta), tidak termasuk cukai. Wow!

BACA >>> Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

Commander of the British Empire (CBE) Gordon Murray Gordon Murray Automotive Gordon Murray Design Ltd Gordon Murray Design. Gordon Murray T.50 McLaren Cars Limited T.50
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.