• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ronaldo Nafi Beli Supercar Bugatti La Voiture Noire RM78 Juta

Ronaldo Nafi Beli Supercar Bugatti La Voiture Noire RM78 Juta

May 8, 2019 By Han Othman Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS banyak spekulasi berlegar, bintang bola sepak, Cristiano Romaldo menafikan dirinya sebagai pembeli Bugatti La Voiture Noire yang bernilai AS$19 juta (RM78 juta), menurut laporan majalah TMZ.

Penafian tersebut dibuat wakil Ronaldo yang mendakwa berita mengenai pemain tersebut memiliki supercar paling mahal dunia itu ialah tidak tepat. Laporan awal mengenai Ronaldo dan Bugatti kali pertama didedahkan akhbar Marca, tetapi tiada bukti spesifik didedahkan.

BACA >>> Cristiano Ronaldo Pemilik Bugatti La Voiture Noire Berharga RM78 Juta!

Supercar itu, yang melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), Mac lalu, pada awalnya dikatakan dimiliki cucu pengasas Porsche dan anak lelaki kepada bekas Pengerusi Volkswagen, Ferdinand Piech. Bagaimanapun, pemilik sebenarnya masih dirahsiakan.

Walaupun dinafikan wakil Ronaldo, Pengarah Komunikasi Bugatti, Tim Bravo tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai spekulasi berkenaan. Malah berkongsi di media sosial yang dia sama sekali tidak akan menafikan ataupun mengesahkan sebarang maklumat tentang pemilik supercar tersebut.

La Voiture Noire dikatakan dijual dalam satu majlis lelongan rahsia yang dihadiri VIP istimewa, dan pemilik model itu nampaknya belum diputuskan.

BACA >>> Bugatti dan Champagne Carbon Buat Arak dengan Botol Disalut Gentian Karbon

La Voiture Noire dijana enjin W18  8.0L yang juga digunakan model Chiron, berkuasa 1,500hp dan tork 1,600Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD). Bagaimanapun, tiada spesifikasi lengkap didedahkan Bugatti.

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bugatti, Bugatti La Voiture Noire, Cristiano Ronaldo, Juventus, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev