• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cristiano Ronaldo Pemilik Bugatti La Voiture Noire Berharga RM78 Juta!

Cristiano Ronaldo Pemilik Bugatti La Voiture Noire Berharga RM78 Juta!

May 2, 2019 By AO Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIDEDAHKAN pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), Mac lalu, Bugatti La Voiture Noire edisi khas yang cuma satu unit dikeluarkan, pantas menjadi kereta baharu paling mahal dengan tanda harga hampir AS$19 juta (RM78 juta).

Awalnya, hypercar itu dikatakan dibeli mantan pengerusi Volkswagen Group, Ferdinand Piech, tetapi laporan terbaharu media Sepanyol, Marca mendakwa pemilik bertuah model tersebut sebenarnya ialah bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo aka CR7.

Namun, CR7 perlu menunggu hingga 2021 untuk Bugatti menyempurnakan La Voiture Noire.

"Itu bukan kereta final. Kami hanya memulakan projek tersebut setengah tahun lalu apabila pelanggan bersetuju. Kereta tersebut akan dihantar selepas dua hingga dua tahun setengah," kata ketua komunikasi Bugatti, Tim Bravo sambil mengakui kereta ditunjukkan pada GIMS 2019 itu masih belum ada rekaan dalaman akhir.

BACA >>> LEGO Bugatti Chiron Saiz Sebenar Ini Memang Boleh Dipandu - 5.3hp, 92Nm

MODEL TRIBUT IKONIK

La Voiture Noire dibina sebagai model tribut untuk Type 57 SC Atlantic, dan akan dikuasakan enjin 8.0L Quad-Turbo W16 berkuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm, sama seperti Chiron.

Jika CR7 menjadi pemilik hypercar itu dua tahun dari sekarang, La Voiture Noire akan menjadi sebahagian koleksi kereta paling mahal baharu milik pemain itu. CR7 sebelum ini pernah membeli Veyron Grand Sport selepas Portugal memenangni Piala Eropah, dan turut dilaporkan memiliki Chiro serta model eksotik lain.

BACA >>> Bugatti dan Champagne Carbon Buat Arak dengan Botol Disalut Gentian Karbon

GALERI

Artikel Berkaitan

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bugatti, Bugatti La Voiture Noire, CR7, Cristiano Ronaldo, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my