Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Google Maps Perkenal ‘Mod Motosikal’ untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul
Autotainment

Google Maps Perkenal ‘Mod Motosikal’ untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul

AryonBy Aryon07/12/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GOOGLE Maps dilaporkan memperkenalkan fungsi mod motosikal untuk versi terkini aplikasi itu yang membolehkan penunggang mengetahui dan merancang masa perjalanan lebih tepat. Bagaimanapun, kemas kini terbaharu itu cuma dikhaskan untuk India sahaja yang menjadi sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Google for India‘.

Androidpolice.com melaporkan fungsi mod ‘Two Wheeler‘ itu disepadukan dalam versi terkini Google Maps, v9.67.1 yang siap sedia dinaik taraf. Sama seperti mod pengangkutan lain, mod tersebut akan cuba mencari laluan paling efisien dan terbaik, termasuk mengenal pasti jalan-jalan yang ditutup dan kawasan parkir di destinasi dituju.

BACA >>> Apple Upah Jurutera GPS Pertingkat Kualiti Navigasi

Keputusan Google melancarkan fungsi itu di India boleh dianggap munasabah memandangkan negara itu adalah pasaran motosikal terbesar dunia. Malah, banyak kawasan di India masih belum sempurna, termasuk tidak dapat dilalui kereta. Jadi pengguna jalan raya di sana lebih memerlukan navigasi menggunakan motosikal berbanding kereta.

Mod Two Wheeler dalam Maps akan memaparkan laluan trip dengan menjadikan ‘jalan pintas’, yang tidak dapat diakses kereta dan trak, sebagai jalan utama. Aplikasi tersebut juga akan menyediakan gambaran trafik dan anggaran masa tiba.

LANDMARK UTAMA SEBAGAI PEDOMAN

Memandangkan ramai penunggang India bergantung kepada mercu tanda atau landmark tempatan (dalam bentuk bangunan utama, papan tanda, dan seumpamanya) untuk mencari lokasi dituju, mod itu bakal memaparkan sebarang objek bantuan yang ada sepanjang laluan navigasi sebagai kemudahan penunggang supaya dapat merancang perjalanan sebelum bergerak. Jadi, tidaklah perlu sentiasa menatap skrin telefon ketika menunggang.

BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

Selepas India, mod motosikal untuk Google Maps juga akan dilancarkan di banyak negara lain dalam beberapa bulan akan datang. Tidak diketahui apakah mod baharu itu akan ditawarkan untuk Malaysia. Tetapi jika mengambil kira Indonesia dan negara jiran lain sebagai antara pasaran motosikal terbesar di rantau Asia Pasifik, ada kemungkinan juga mod tersebut akan dilancarkan untuk negara-negara Asean.

Pada masa sama, aplikasi navigasi Waze turut mengumumkan mod motosikal yang akan mengoptimumkan laluan berasaskan pengalaman sebenar penunggang, dan turut menjadikan laluan yang tidak dapat diakses kereta sebagai opsyen jalan-jalan utama. Ciri baharu Waze itu sudah pun diperkenalkan di Malaysia. Siapa pernah guna?

SUMBER: Visor Down

Auto Terkini autotainment Google Google Maps mod motosikal roda2 Two Wheeler mode
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.