Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GMS2018: Kia Ceed (2018) Serba Baharu Tiba di Geneva, Sedia Cabar VW Golf
Roda4

#GMS2018: Kia Ceed (2018) Serba Baharu Tiba di Geneva, Sedia Cabar VW Golf

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA bakal mengukuhkan lagi kehadiran di pasaran Eropah menerusi pengenalan Ceed Hatchback serba baharu generasi ketiga sempena Pameran Motor Geneva 2018. Seperti mana pendahulunya, hatchback segmen-C itu dibangunkan di Frankfurt dan dipasang di kilang Kia di Zilina, Slovakia bersama Sportage dan Venga.

Pengeluaran Ceed (2018) akan bermula Mei ini dan mula dijual pada suku kedua 2018 untuk pasaran Eropah, manakala pembeli Britain perlu menunggu lebih lama.

BACA >>> Kia Ceed Sportwagon (2019) Sedia Tunjuk Muka di Geneva

REKABENTUK BADAN LEBAR DAN RENDAH

Dikatakan bakal berentap dengan model Volkswagen Golf, kereta buatan pengeluar dari Korea Selatan itu menampilkan rekabentuk profil badan lebih rendah dan lebar serta rungkup atau overhang belakang yang lebih panjang berbanding generasi terdahulu. Dibina atas platform baharu K2, Ceed (2018) ini lebih lebar 20mm menjadi 1,800mm dan lebih rendah 23mm (1,447mm), manakala jarak roda kekal sama, 2,650mm.

Bagi mendapatkan imej sporty, Kia memendekkan overhang depan sebanyak 20mm menjadi 880mm, sebaliknya overhang belakang dipanjangkan 20mm (780mm). Menurut Kia, penampilan Ceed terbaharu ini menyerlahkan fiil maskulin yang lebih matang.

BACA >>> Kia Proceed Concept yang Mengancam! Bakal Jadi Famili Cee’d Baharu

Saiz but agak luas, 395 liter, termasuk luas bahagian penumpang depan dan belakang yang juga lebih luas dari segi ruang kelegaan kaki dan kepala. Rekabentuk bucu badan membulat digantikan garis lurus yang melengkapkan imej gril ‘hidung harimau’ lebar, liang udara rendah dan lampu siang (DRL) LED bentuk kiub ais.

Belakang Ceed (2018) dilengkapi set lampu belakang LED dan spoiler but. Pelanggan boleh memilih 12 kemasan warna badan dengan tiga pilihan rim bermula saiz 15-inci (keluli), 16-inci (keluli atau aloi) dan 17-inci (aloi potongan berlian dua tona).

KABIN BERKUALITI TINGGI

Kemasan kabin menggunakan material berkualiti tinggi berbanding versi terdahulu yang dapat dilihat menerusi rekaan papan pemuka horizontal, mirip model Kia sedia ada. Pengguna turut diberikan  sistem infotainment skrin sentuh terapung dan konsol tengah yang dihalakan ke arah pemandu.

Kemasan akhir metalik atau satin dipadankan dengan pilihan material fabrik, kulit sintetik dan kulit upholsteri asli. Ciri standard lain ialah sambungan Bluetooth, lampu automatik dan masukan tanpa kunci, serta pembeli boleh mendapatkan pilihan tambahan sistem audio, JBL Premium.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI TCR (2018) Dapat Facelift Baharu, Tampil Lebih Berkuasa

Ceed (2018) turut menawarkan pilihan cermin depan dengan fungsi pemanas, iaitu teknologi pertama diperkenalkan Kia menerusi model keluarannya. Tidak ketinggalan, fungsi pemanas itu turut dipasang pada kerusi semua penumpang, termasuk ciri pengecas telefon wayarles.

ADA 4 VARIAN ENJIN / 2 TRANSMISI


Ceed (2018) dijana 4 varian enjin iaitu:

  • 1.0L T-GDi (pengecas turbo suntikan bahan api petrol, 118hp)
  • 1.4-L T-GDi (138hp) – enjin baharu
  • 1.4-L MPi
  • 1.6L CRDi diesel dengan dua kuasa output (113hp/134hp) – enjin baharu

Semua enjin dipadankan transmisi manual 6-kelajuan kecuali enjin 1.4L T-GDi dan 1.6L CRDi yang boleh didapati dengan kotak gear automatik dual-klac 7-kelajuan. Keseronokan pemanduan ditingkatkan dengan pilihan mod Normal dan Sport.

CIRI KESELAMATAN

Ciri keselamatan standard Ceed (2018) membariskan Bantuan Suluh Tinggi (HBA),  Amarah Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Rempuhan Depan (FCW) dengan Bantuan Elak Rempuhan Depan  (FCAA), termasuk Bantuan Susur Lorong (LFA), yakni ciri Autonomi Tahap 2 yang baru kali pertama diperkenalkan Kia untuk pasaran Eropah.

Tambahan ciri keselamatan lain ialah Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Henti & Mula, Amaran Rempuhan Titik Buta (BSCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTW), Bantuan Parkir Pintar (SPA) dan Pengecaman Pejalan Kaki dengan Amaran Stereng Haptik untuk sistem FCAA.

GALERI

SUMBER: Carscoops

Geneva Motor Show 2018 GMS 2018 hatchback 5-pintu hatchback lima pintu Kia Kia c'eed Kia Eropah Kia Malaysia Pameran Motor Geneva 2018 Roda4 Segmen C Segmen-C hatchback Volkswagen Golf
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.