Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Giliran Jepun Dapat Honda CR-V e:FCEV 2025, Ditawar Secara Pajakan pada Harga RM241k
Roda4

Giliran Jepun Dapat Honda CR-V e:FCEV 2025, Ditawar Secara Pajakan pada Harga RM241k

Abang HirataBy Abang Hirata31/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Februari lalu Honda CR-V e:FCEV diperkenal di Amerika Syarikat (AS), dan model ini dianggap unik kerana menggabungkan teknologi sel bahan api hidrogen dengan sistem plug-in yang pertama untuk pengeluar Jepun.

Secara ringkas, pemandu Honda CR-V e:FCEV 2025 menggunakan hidrogen untuk perjalanan jauh, manakala kuasa daripada soket rumah atau stesen cas boleh juga digunakan untuk pemanduan jarak dekat.

Honda mendakwa CR-V e:FCEV boleh dipandu kira-kira 621km, dan kira-kira 61km sekali cas penuh.

Contohnya, Kasim selamat tiba di Sikamat, Negeri Sembilan berbekalkan hidrogen dan jika mahu bersiar-siar sekitar kampung atau ke pekan berdekatan, cukup saja mengggunakan kuasa elektrik daripada soket rumah atau stesen cas.

Honda sudah lama membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hidrogen dan FCEV, iaitu lebih 30 tahun. Antara kereta yang sudah berada di jalanan ialah FCX (2002), FCX Clarity (2008) dan Clarity Fuel Cell (2016).

Tindanan (stack) sel bahan api (FC) pada Honda CR-V e:FCEV adalah jenis baharu dengan sistem FC pula adalah hasil pembangunan bersama antara Honda dan General Motors (GM) selain dikeluarkan di fasiliti Fuel Cell System Manufacturing, di Michigan, Amerika Syarikat (AS) yang juga usahasama membabitkan kedua-dua syarikat.

Ciri Honda CR-V e:FCEV 2025

  • Sistem FC digabungkan dengan unit pacuan yang menyepadukan motor, transmisi dan unit kawalan kuasa (PCU) pada ruang enjin.
  • Tangki hidrogen ditempatkan tertutup pada ruang but dengan agihan ruang bagasi kepada dua aras.
  • Dua tangki hidrogen berat dan bateri kapasiti tinggi dipasang serendah mungkin dan hampir kepada tengah kereta untuk mendapatkan pusat graviti (CoG) rendah yang menyumbang kepada pemanduan solid dan pengendalian linear.
  • Suspensi menggunakan damper peka amplitud yang menukar daya redaman mengikut input untuk kestabilan pemanduan dan keselesaan. Damper menyerap gegaran kecil dan memberi cengkaman baik di selekoh.
  • Pengecas AC pada fender depan menggunakan standard SAE J1772 untuk pengecasan biasa (AC) di Jepun dan AS.
  • Pengecasan AC yang sepadan 6.4kW mengambil masa kira-kira 2.5 jam untuk penuh.
  • Selain sumber kuasa AC 200V, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini juga boleh menerima pengecas AC 100V.
  • Honda Power Supply Connector mampu mengendalikan kuasa hingga 1,500V dan digunakan sebagai punca kuasa untuk perkakasan elektrik ketika melakukan aktiviti luar atau terputus bekalan elektrik.
  • Sambungan Power Exporter e:6000 atau Power Exporter 9000 menggunakan kabel CHAdeMO DC pada ruang but mampu membekalkan tenaga elektrik selama empat hari kepada kediaman (bergantung kegunaan).
  • Dilengkapi mod pengurusan tenaga yang menggabungkan secara berkesan tenaga elektrik dihasilkan hidrogen dengan tenaga elektrik daripada bateri.
  • Pengguna boleh memandu menggunakan tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri untuk pemanduan harian atau tenaga daripada FC untuk pemanduan jauh dan aktiviti lain.
  • Butang e pada konsol tengah untuk memilih mod AUTO, EV, SAVE dan CHARGE.
  • Fungsi khas FCEV ditambah pada sistem Honda CONNECT yang memaksimumkan kebolehgunaan kuasa pengecasan dan sumber kuasa luar seperti fungsi pencarian stesen hidrogen dan penetapan sistem seperti tahap pembekalan hidrogen minimum dan pelbagai lagi.
  • Penetapan pengurusan pengecasan melalui Honda Connect dan Honda Total Care Premium seperti had pengecasan maksimum, tempoh pengecasan mengikut hari mengikut kadar harga tenaga elektrik dan lain-lain lagi.
  • Struktur cagak sistem FC dan tangki hidrogen dibuat baharu bagi menampung berat tambahan.

Honda CR-V e:FCEV hanya ditawarkan menerusi program pajakan pada harga 8,094,900 yen (RM241,600) dalam dua pilihan warna: Platinum White Pearl (putih) atau Meteoroid Gray Metallic (kelabu).

FCEV Honda CR-V Honda CR-V e:FCEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.