Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIIAS2025: Toyota Hilux Rangga Jadi Pikap Komersial Serbaguna, Harga Mula RM49k!
Auto Terkini

#GIIAS2025: Toyota Hilux Rangga Jadi Pikap Komersial Serbaguna, Harga Mula RM49k!

SyafieBy Syafie29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Indonesia terus memperkasa segmen komersial ringan menerusi pikap serbaguna, Toyota Hilux Rangga dengan keupayaan pelbagai bentuk modifikasi bagi memenuhi keperluan pelbagai industri.

Ditawarkan dalam tiga varian utama dan dua pilihan enjin, model ini turut tersedia dengan pelbagai konfigurasi konversi bersijil Toyota Vertified Conversion, serta mudah diselenggara di seluruh rangkaian servis Toyota.

Tiga Varian Utama, Dua Pilihan Enjin

Toyota Hilux Rangga ditawarkan dalam tiga pilihan varian seperti:

  • Standard MT Gasoline: RP190,300,000 (RM49,000)
  • High MT Gasoline: RP217,500,000 (RM56,000)
  • Standard MT Diesel: RP251,600,000 (RM65,000)

Tersedia dalam dua warna utama seperti:

  • Putih (semua varian)
  • Abu-Abu Metalik (eksklusif untuk High Type)

Rekabentuk Praktikal dan Serbaguna

Dengan dimensi 4,970mm panjang, 1,785mm lebar, dan 1,740mm tinggi, serta jarak roda 2,750mm, Hilux Rangga direka untuk memberi muatan maksimum dalam apa jua keadaan kerja.

Varian Standard dan Diesel MT hadir dengan konfigurasi Flat Deck dan Cab & Chassis, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis industri seperti perkhidmatan penghantaran, penyimpanan suhu rendah atau barangan kering.

Ciri luaran utama termasuk:

  • Cool Box dan Dry Box (Standard Type)
  • Bukaan pintu 3-arah
  • 3-piece bampar depan
  • Lampu utama halogen
  • Radius pusingan hanya 4.9 meter (5.3m untuk High Type)

Toyota juga menawarkan opsyen modifikasi khas menggunakan Toyota Customization Option (TCO), dari bed liner hingga ducktail dan visor sisi.

Kabin Ergonomik dan Fokus Pemandu

Rekabntuk kabin Rangga fokus kepada praktikaliti dan keselesaan pemandu seperti:

  • Paparan dashboard penuh dan ruang simpanan praktikal
  • Reclining seat untuk pemandu (semua varian) dan penumpang (High Type)
  • Audio 1-DIN dengan Bluetooth (Standard & High M/T)
  • Penghawa dingin (Standard Gasoline & semua High Type)
  • Stereng boleh laras tilt
  • Power window dan 2-DIN Audio (Diesel High A/T)
  • Aksen dalaman oren & paparan MID (High Type)

Sistem Keselamatan Lengkap

Toyota turut menekankan aspek keselamatan dengan melengkapkan Hilux Rangga High Type dengan:

  • Sistem brek ABS dan EBD
  • Seatbelt 3-poin dengan ELR dan Amaran
  • Airbag pemandu dan penumpang
  • Sistem immobilizer anti-kecurian

Prestasi Diesel dan Petrol, Transmisi Manual 5-Kelajuan

Toyota Hilux Rangga boleh didapati dengan dua jenis trenkuasa:

  • Enjin Petrol 1.998cc (139 PS, 183 Nm)
  • Enjin Diesel (149 PS, 343 Nm)
  • Digandingkan dengan transmisi manual 5-kelajuan (MT)
  • Sistem pacuan dua roda (2WD)

Enjin ini cukup berkuasa untuk pelbagai tugas berat, sama ada penghantaran jarak jauh atau bebanan berat harian.

Sokongan Digital dan Tersambung

Hilux Rangga juga menyokong sistem T Intouch yang boleh diakses menerusi aplikasi mToyota untuk memantau dan kekal berhubung dengan kenderaan anda.

Bagi pemilik armada, Toyota turut menyediakan platform G Fleet iaitu sistem pemantauan masa nyata (real-time fleet management) melalui web.

Toyota Customization Option (TCO), Ubah Ikut Gaya dan Fungsi

Toyota menawarkan pelbagai aksesori TCO yang boleh dipasang mengikut kesesuaian, antaranya:

  • Bed Liner (semua Flat Deck)
  • Cover Glove Box dan IP Garnish
  • Sporty Shift Knob (Diesel High A/T)
  • Sensor parkir depan
  • Side Visor dan Ducktail
  • Air Purifier dan Cargo Net

Pikap Kompak Untuk Semua Jenis Kerja

Toyota Hilux Rangga bukan sekadar pikap biasa, ia adalah solusi perniagaan bergerak dengan rekabentuk fleksibel, sokongan modifikasi rasmi Toyota, serta pilihan enjin diesel dan petrol, Rangga bersedia untuk menyokong pelbagai bentuk industri di rantau Asia Tenggara.

Auto Terkini Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2025 Toyota Hilux Rangga Toyota Indonesia Trak pikap
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    DENZA Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.