Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIIAS2024: Suzuki Ertiga Hybrid Cruise Tawar Penjimatan 20km Per Liter, Harga Mula RM82.9k
Roda4

#GIIAS2024: Suzuki Ertiga Hybrid Cruise Tawar Penjimatan 20km Per Liter, Harga Mula RM82.9k

SyafieBy Syafie25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mempamerkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Suzuki Ertiga dengan teknologi hibrid baharu di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.

Di Malaysia, kembar kepada model ini iaitu Proton Ertiga memasuki pasaran tempatan pada 2016 sebelum dinaik taraf kepada Proton Ertiga Xtra pada 2018.

Berbeza pasaran Indonesia, generasi pertama MPV ini sudah diperkenalkan seawal 2010 dan berterusan hingga sekarang. Paling terbaharu ialah Suzuki Ertiga Hybrid Cruise.

Ada tiga varian ditawarkan dalam dua opsyen transmisi, iaitu manual 5-kelajuan dan automatik jenis penukar tork (torque converter) 5-kelajuan, serta pilihan warna Pearl White dengan Cool Black (putih-hitam) dan Cool Black (hitam).

Berikut harga ditawarkan:

  • Suzuki Ertiga Hybrid GX (MT): Rp275.6 juta (RM79,410)
  • Suzuki Ertiga Hybrid GX (AT): Rp286.6 juta (RM82,580)
  • Suzuki Ertiga Hybrid Cruise (MT): Rp288 juta (RM82,980)
  • Suzuki Ertiga Hybrid Cruise (AT): Rp299 juta (RM86,150)
  • Suzuki Ertiga Hybrid Cruise Dwi-tona (MT): Rp290 juta (RM83,560)
  • Suzuki Ertiga Hybrid Cruise Dwi-tona (AT): Rp301 juta (RM86,730)

Spesifikasi Suzuki Ertiga Hybrid Cruise dwi-tona (AT):

  • Menggunakan bateri litium-ion dengan waranti lapan tahun atau 160,000km perbatuan (mana satu tiba dulu).
  • Dijana trenkuasa hibrid ringan (MHEV) yang dipadankan enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L K15B Smart Hybrid berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,400rpm.
  • Penjimatan bahan api 20km per liter.
  • Dimensi panjang 4,395mm, lebar 1,735mm, dan tinggi 1690mm, manakala jarak roda 2,740mm.
  • Kapasiti but 153 liter.
  • Rupa luaran mendapat kit badan sporty dengan lampu kabus, lampu siang (DRL) LED, spoiler dan rim aloi dwi-tona 15 inci dengan tayar 185/65.
  • Ruang kabin dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 8 inci, kluster instrumen dwi-pod, dan stereng 3-jejari.
  • Brek cakera ventilasi di depan, dan brek drum di belakang.
  • Suspensi depan stut MacPherson di depan, dan Torsion Beam (belakang).
  • Dilengkapi ciri Program Stabiliti Elektronik (ESP), sistem henti-mula, kawalan jelajah, penyaman udara kawalan suhu automatik dan pemegang cawan dengan penyejuk.
  • Tempat duduk baris kedua disertakan perehat lengan.
Auto Terkini Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2024 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) Roda4 Suzuki Ertiga Hybrid
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.