Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIIAS2024: Daihatsu Sigra Muncul Kenderaan Paling Laris Indonesia!
Roda4

#GIIAS2024: Daihatsu Sigra Muncul Kenderaan Paling Laris Indonesia!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIHATSU Sigra tersenarai sebagai kenderaan paling hangat di Indonesia dengan jualan terkumpul lebih 26,000 unit dalam tempoh enam bulan pertama 2024 (Januari-Jun).

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi itu turut menyumbang jumlah jualan tertinggi untuk jenama Daihatsu di republik itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ada beberapa faktor utama mendorong pengguna melihat Sigra sebagai MPV pilihan, iaitu faktor harga mampu milik, efisien bahan api, ruang kabin luas, banyak ciri moden, kos selenggara murah dan nilai jual balik (resale value) tinggi selain turut digunakan sebagai teksi.

Data Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) pada 2023 menunjukkan Daihatsu Sigra merekodkan jualan 63,285 unit dengan memiliki 58.5 peratus pegangan pasaran.

Sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, Astra Daihatsu Indonesia (Daihatsu Indonesia) membawa  Sigra 1.2L R AT untuk dipamerkan bersebelahan replika Sigra kadbod di Konvensyen Pameran Indonesia Bandar Bumi Serpong Damai (ICE BSD) di Tangerang hingga 28 Julai ini.

Berikut perincian Daihatsu Sigra 1.2L R AT:

  • Varian tertinggi ditawarkan dalam lima produk Sigra di Indonesia.
  • Ditawarkan pada harga Rp178.8 juta (RM51,300) seunit.
  • Enjin 4-silinder sebaris 16-injap 3NR-VE 1,197cc DOHC Dual VVT-i  dengan sistem suntikan bahan api berkuasa 87hp @ 6,000rpm, dan tork 107Nm @ 4,200rpm.
  • Sistem transmisi automatik 4-kelajuan.
  • Brek parkir konvensional ditempatkan antara kerusi pemandu dan penumpang depan.
  • MPV 7-kerusi dengan konfigurasi 2-3-2.
  • Ada perehat lengan untuk kerusi barisan depan.
  • Semua kerusi menggunakan balutan material fabrik.
  • Dimensi panjang 4,110mm, lebar 1,655mm dan tinggi 1,600mm, manakala jarak roda 2,525mm dan jarak tinggi bumi 180mm.
  • Berat 1,500kg (berat bersih 990kg).
  • Kapasiti tangki petrol 36 liter.

  • Stereng jenis rack & pinion jenis kuasa elektrik (EPS) dengan radius pusingan 4.5 meter.
  • Brek cakera untuk roda depan, dan brek dram di belakang.
  • Rim aloi 14 inci dengan tayar saiz 175/65. Ada tayar ganti disimpan bawah kenderaan.
Astra Daihatsu Indonesia Daihatsu Sigra Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) MPV kos rendah Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.