Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi
Auto Terkini

Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Motor Co akan muflis dalam tempoh 2-3 tahun akan datang, kata Carlos Ghosn kepada peguam belanya dalam wawancara khas lebih 10 jam sebelum mantan presiden kepada perikatan automotif Nissan-Renault-Mitsubishi itu ‘lari’ meninggalkan Jepun.

Ramalan Ghosn itu, yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan Motor Co dan Renault SA, dibuat tahun lalu dalam sesi perbualan khas mengenai penahanan dan pendakwaan terhadapnya, kata mantan pendakwa, juga pengkritik kepada sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara (foto bawah).

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

“Beliau (Ghosn) cakap Nissan akan bankrap dalam tempoh 2-3 tahun,” kata Gohara dalam sidang media di Tokyo untuk membincangkan isu kontroversi tentang eksekutif tersebut. Bagaimanapun Ghosn tidak menjelaskan terperinci tentang masalah Nissan.

Jurucakap Nissan, Azusa Momose enggan mengulas kenyataan Ghosn. Namun faktanya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Yokohama itu memang sedang bergelut dengan penurunan jualan di China dan Eropah selaku pasaran paling penting.

Apa yang berlaku memaksa Nissan menghentikan beberapa operasi kilang dan mengurangkan 12,500 pekerja global. Malah kini sedang menyiapkan diri dengan beberapa strategi sokongan seperti kenderaan elektrik (EV).

BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

Gohara berkata, beliau bertemu dan menemu bual Ghosn lima kali sepanjang tempoh dua bulan sebelum Ghosn melarikan diri ke Beirut, Lebanon. Malah, anak guamnya itu mengizinkan perincian temu bual mereka berdua itu didedahkan kepada umum.

Kemelut menimpa Ghosn mula mendapat perhatian dunia sejak 2018 berikutan skandal penyelewengan wang. Awal bulan ini, beliau dilaporkan melarikan diri dari Jepun menggunakan jet peribadi, sekali gus menjadikannya individu paling diburu peringkat antarabangsa.

Ghosn mendakwa dia terpaksa melarikan diri ke Lebanon kerana penipuan sistem keadilan di Jepun.

BACA >>> Cara Ghosn Terlepas Lari Naik Jet ke Lebanon Jadi Misteri?

SUMBER: Bloomberg

Auto Terkini Carlos Ghosn Nissan Nobuo Gohara pakatan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Skandal Carlos Ghosn
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.