Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal ‘Go Green Revolution’
Roda2

GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal ‘Go Green Revolution’

Han OthmanBy Han Othman18/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution.
SYARIKAT motosikal tempatan GGR Motor, mengambil ilham filem popular ‘Gila-Gila Remaja’, menampilkan inisiatif ‘Go Green Revolution’ menerusi pelancaran motosikal elektrik (EV) terbaharu jenama itu.

Usaha itu dijalankan bersama pengedar eksklusif PMH Motor Sdn Bhd (Perniagaan Mazlan & Hashimah), yang juga rakan strategik utama GGR MOTOR.

Majlis pelancaran rasmi dijadual berlangsung pada 28 Jun 2025 di Saloma, Kuala Lumpur dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, yang menyokong pembangunan teknologi hijau dilaksanakan graduan latihan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET) seperti IKM Beseri dan UniKL MFI.

Motosikal EV, Artis Popular dan Arah Baharu Mobiliti Hijau

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution.

Pelancaran motosikal EV itu bukan sekadar acara pameran, tetapi permulaan ke arah budaya mobiliti hijau yang lebih meluas.

Acara sehari penuh itu merangkumi sesi pelancaran rasmi, pameran produk, aktiviti rangkaian bersama pelabur, media dan peminat EV bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sebelah malam pula, pengunjung bakal disajikan dengan aktiviti komuniti, sesi tunggang ujia, persembahan artis, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi berkata, pendekatan melibatkan selebriti popular adalah strategi tepat untuk menarik perhatian pengguna muda terhadap EV.

Apabila artis sendiri pakai EV, mesej kita lebih mudah sampai. Ini bukan sekadar promosi, tapi peralihan gaya hidup,” katanya.

Selebriti Turut Sertai Revolusi Hijau

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution.

Antara selebriti bakal hadir ialah Bella Astillah, Johan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Farid Kamil dan Cat Farish.

Muhammad Mussadiq berkata, kehadiran selenriti itu bukan hanya sebagai ‘penyeri majlis’, tetapi juga rakan kerjasama dalam projek selepas pelancaran, termasuk perancangan membuka kedai jenama bersama.

Menariknya, Johan yang sinonim dengan jenama makanan Itik ke Ayam?, turut terlibat dalam kolaborasi berkenaan.

Mereka bukan sekadar artis, tapi sahabat yang saya percaya boleh membantu memacu jenama ke tahap lebih tinggi,” katanya lagi.

Hadiah Motosikal EV untuk Penonton Konsert AMK Indie 2025

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution.

Sebagai sokongan kepada gerakan hijau dan komuniti muzik, GGR Motor turut menaja dua unit basikal elektrik (e-bike), Lion G1 bernilai RM2,054 kepada penonton bertuah di Konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 26 dan 27 Julai ini.

“Kami nak beri manfaat kepada rakan industri dan masyarakat, bukan sekadar jual motor,” kata Mussadiq.

Sasaran Pelancaran Bersama TPM Malaysia

Bagi acara kemuncak, GGR Motor berbesar hati menjemput Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan motosikal EV jenama itu.

“Kami harap ini jadi simbol permulaan budaya baharu yang mana mobiliti hijau jadi gaya hidup rakyat Malaysia,” kata Mussadiq.

Dengan kombinasi teknologi hijau, sokongan selebriti dan semangat anak tempatan, GGR Motor membuktikan revolusi mobiliti bukan hanya milik jenama antarabangsa, tetapi juga boleh bermula di sini dengan gaya dan jiwa Malaysia.

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution'.
GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution'.
GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution'.
GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution'.
'Go Green Revolution' Auto Terkini motosikal elektrik motosikal EV roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.