Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geram Brek Tidak Fungsi, Seorang Pemilik Tesla China Protes Depan Orang Ramai
Auto Terkini

Geram Brek Tidak Fungsi, Seorang Pemilik Tesla China Protes Depan Orang Ramai

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI kontroversi mengenai Tesla. Pengeluar kenderaan elektrik dari Amerika Syarikat (AS) itu terus menerima tekanan dan kali ini daripada pengguna di China berikutan kualiti pembuatan dan layanan pelanggan yang kurang memuaskan.

Terbaharu, seorang pemilik Tesla melakukan protes terbuka di Pameran Auto Shanghai 2021, China yang masih sedang berlangsung ketika ini.

Video dimuat naik dalam akaun YouTube Driving China itu menunjukkan aksi seorang wanita melakukan protes dengan berdiri atas sebuah kereta Tesla sambil menjerit, “brek tidak berfungsi” berulang kali.

Menurut maklumat dikongsikan, wanita itu ialah pemilik Tesla dari Henan, tengah China dan sedang hamil. Mungkin terlalu bimbang dengan nyawa anak dalam kandungan membuatkan dia nekad bertindak seberani itu.

Wanita tersebut, yang memakai kemeja-t tertera ‘brek tidak berfungsi’ dalam tulisan Cina, dilaporkan memanjat kereta pameran sambil melaungkan kepada orang ramai brek keretanya sudah hilang kawalan. Sebelum itu, dia terlebih dahulu membuat siaran langsung sebelum melancarkan protes seorang sendiri.

Susulan insiden berkenaan, reruai Tesla kini menambahkan pegawai keselamatan untuk berdepan sebarang situasi luar kawalan. Kemas kini terbaharu menyatakan wanita itu kini ditahan polis selama lima hari kerana mengganggu ketenteraman awam. Tesla memberi respon dengan berjanji mencari penyelesaian terbaik, tetapi tidak akan berkompromi terhadap permintaan tidak masuk akal.

RESPON KERAJAAN CHINA

Isu kualiti pembuatan Tesla turut mendapat perhatian Kerajaan China. Malah, agensi berita milik kerajaan, Xinhua.net pada 20 April lalu mengeluarkan artikel yang menegaskan kualiti kenderaan elektrik Tesla harus menepati jangkaan pasaran untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.

Tesla juga perlu menjawab kerisauan pengguna berikutan pelbagai isu kegagalan komponen kenderaan seperti brek tidak berfungsi dan percikan ketika kenderaan dicas. 

Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China turut tampil menegur Tesla di media sosial yang menggesa pengeluar itu menghormati pengguna di China dan mematuhi undang-undang tempatan dengan menyelesaikan isu berbangkit.

Malangnya, Tesla tidak melakukan semua itu, dakwa suruhanjaya tersebut. 

BACA >>> Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu
BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat

SUMBER: autoblog.com

Auto Shanghai 2021 Auto Terkini China EV Kenderaan Elektrik (EV) pameran kereta Pameran Motor Shanghai 2021 Pemilik Tesla China Pemilik Tesla Protes roda2 shanghai auto show Tesla
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.