Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta
Auto Terkini

Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta

WahidBy Wahid04/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KES pemilik kenderaan sengaja menjahanamkan kenderaan sendiri kerana tidak puas hati bukan isu baru. Kita pernah disajikan cerita pemilik kenderaan mewah melakukan pelbagai aksi untuk mendapatkan perhatian kerana kenderaan mereka gagal dibaik pulih

Antaranya, menunda kereta menggunakan kerbau, memecahkan tingkap, dan pelbagai aksi pelik dan ekstrem lain. Terkini, seorang pemilik Tesla Model S dari Finland, Tuomas Katainen melakukan aksi yang boleh dianggap sangat ekstrem dan berbahaya.

BACA >>> Elon Musk Sudah Beli ‘Supercar Rare’ Seawal Usia 28 Tahun

Katainen membeli kereta elektrik itu pada 2013 dan tidak mengalami sebarang masalah sepanjang 1,500km pertama. Malangnya, pengalaman manis itu tidak kekal lama.

Tiba-tiba kereta itu mengeluarkan bermacam-macam kod rosak (error code).”

Dia kemudian menghantar keretanya kepada seorang mekanik dan jawapan diberikan adalah kerosakan itu hanya boleh dibaik pulih dengan menukar pek bateri yang dianggarkan berharga sekurang-kurangnya €20,000 (RM96,6200). Lebih malang, Tesla tidak membenarkan kereta itu dibaik pulih di bengkel luar selain Pusat Servis Tesla.

Mendengar harga tidak masuk akal itu, Katainen membalas, “Lebih baik aku letupkan saja kereta ni.”

Patung Elon Musk turut dimasukkan ke dalam kereta.

Tanpa berfikir panjang dia pergi menyerahkan keretanya kepada syarikat pakar letupan Pommijätkät yang kemudian membawa ke satu kawasan kuari untuk melakukan kerja letupan. Lebih dramatik, mereka turut memasukkan boneka, yang biasa digunakan dalam ujian perlanggaran kenderaan, ke dalam Model S itu yang siap dipakaikan helmet, jaket sejuk tebal dan dilekatkan foto wajah Elon Musk (pengasas Tesla).

Sebanyak 30kg dinamit dipasangkan sepanjang sisi badan sebelah kanan kereta. Apabila diletupkan dalam kiraan tiga saat, sedan elektrik itu langsung hancur berkecai menjadi cebisan kecil yang berserakan (lihat minit 5 ke atas).

Katainen ketika ditanya sama ada masih seronok memandu Tesla menjawab, “Tidaklah seronok macam ni!”

Sebagai makluman, Tesla Model S mula dijual pada 2013 pada harga AS$57,400 (RM239,390) dan kemudian meningkat kepada AS$59,900 (RM249,810). Malah harga unit terpakai juga masih mahal terpakai yang mencecah setinggi kira-kira AS$30,000 (RM125,120).

Pek bateri  diberikan waranti 8 tahun atau 240,000km. Ini bermakna model awal Tesla S kini sudah di penghujung hayat waranti yang memerlukan bateri ditukar atau ‘diletupkan’ (jangan buat aksi ini!).

BACA >>> Selepas Puas Pandu Lebih 200,000km, Barulah Teksi Tesla Model S Ini Mahu Dijual
BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

Elon Musk EV Finland kereta elektrik Pommijätkät Tesla Model S Tuomas Katainen videotomotif
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.