Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Genesis Track Taxi Nordschleife – Peluang Merasa Litar Nürburgring, Guna Genesis G70 3.3T Yang Diubah Suai
Auto Terkini

Genesis Track Taxi Nordschleife – Peluang Merasa Litar Nürburgring, Guna Genesis G70 3.3T Yang Diubah Suai

Abang HirataBy Abang Hirata21/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Di acara permotoran anda berpeluang untuk duduk di sebelah pemandu dan merasai pengalaman mengujakan di litar lumba atau litar buatan khas. Terma yang digunakan ialah ‘taxi ride‘.

Bukan acara one-off, Genesis melancarkan Genesis Track Taxi Nordschleife untuk orang awam merasai sendiri di litar tersohor Nürburgring yang mengujakan.

Nürburgring merupakan satu daripada litar lumba terkenal Jerman dan juga satu daripada litar lumba kereta legenda di dunia.

Litar Nürburgring sejauh 20.832 kilometer dengan 73 selekoh dan tidak seperti kebanyakan litar lain mempunyai permukaan jalan yang berubah-ubah dan ketinggian 300 meter.

Nürburgring juga dinobatkan sebagai litar lumba paling teknikal di dunia. Memegang rekod di Nürburgring merupakan satu kebanggaan dan prestij yang diburu oleh pengeluar selain penggunaan nama litar itu sendiri pada model mereka.

Genesis menggunakan sedan G70 dengan enjin 3.3 liter Lambda II T-GDI dan dalam keadaan standard menghasilkan lebih 360 kuasa kuda (hp) dan tork 510Nm.

G70 tersebut bukan spesifikasi kilang dengan pengubahsuaian pada suspensi dan damper hasil kerjasama Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah di Rüsselsheim.

Pusat itu merupakan hab pembangunan prestasi dan ketahanan kenderaan Genesis di Eropah.

Bagi memastikan ‘teksi G70’ mempunyai prestasi penyejukan pembrekan yang lebih bagus, saluran tambahan dipasang untuk mengalirkan udara dari bampar depan ke depan lengkungan roda.

Perisai haba pada penyejukan saluran minyak kotak gear pula menghalang pemanasan lampau ketika membawa penumpang mengelilingi litar.

Untuk tayar terbaik di litar, Genesis dan Michelin telah menjalin kerjasama bagi pembekalan tayar sport khusus Michelin Pilot Sport 4S dan sesuai untuk pelbagai keadaan cuaca.

Dari jauh dan dalam kehijauan Nürburgring, Teksi Litar G70 nampak jelas dengan balutan jingga.

Tempahan untuk Genesis Track Taxi Nordschleife dibuka pada 21 Jun dan sesi pertama bermula 6 Julai 2024.

Semakan di laman sesawang menunjukkan slot bermula dari 8 pagi sehingga 6 petang dan setiap jam mempunyai tiga sesi yang masing-masing berlangsung selama 20 minit.

Semakan juga menunjukkan kebanyakan atau hampir semua slot dibuka pada hujung minggu.

Penulis cuba meletakkan tarikh 14 Julai, pukul 4 petang dengan seorang penumpang (boleh membawa sehingga tiga penumpang) dan harga yang dikenakan berjumlah EUR€120 (RM604).

G70 Track Taxi Genesis Genesis G70 Genesis G70 Track Taxi Genesis Track Taxi Nordschleife Nürburgring
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.